Monday 20 December 2010

RUMAH TERBUKA KRISMAS SOOK, MUHIBBAH



ANGPAU…Kurup sedang memberi angpau Krismas kepada kanak-kanak yang datang memeriahkan sambutan berkenaan.

Oleh: ROZIE JUMAT

RUMAH Terbuka Hari Natal, Ahli Parlimen Pensiangan peringkat DUN Sook di sini bukan sahaja disambut dengan meriah tetapi turut sama diraikan oleh masyarakat berlainan agama dengan penuh muhibbah dan setiakawan.

Bermula jam 10 pagi ahad, Rumah Terbuka Hari Natal, yang dihoskan oleh Tan Sri Joseph Kurup, yang juga Timbalan Menteri Sumber Asli dan Alam Sekitar terus menerima kunjungan sehingga ke petang.

Turut sama menyambut tetamu ialah isteri, YBhg Puan Sri Melinda Kurup dan Wakil Rakyat Sook, Datuk Ellron Angin dan isteri Datin Maria Angin.

Pelbagai acara diadakan sempena majlis tersebut yang turut dihadiri oleh rakan-rakan dari parti komponen Barisan Nasional (BN) sekitar pedalaman. Artis tempatan terkenal, Clarice J.Matha turut menghiburkan hadirin selain persembahan lain.

Tan Sri Joseph Kurup juga turut memberi 'wang krismas' kepada kanak-kanak dari sekitar DUN Sook. Turut hadir di majlis itu ialah Penolong pegawai Daerah Kecil Sook, Jasli Tindi dan Ketua Pegawai Perhubungan Parlimen Pensiangan, Vincent Lee.

Sementara itu , Rumah Terbuka Hari Krismas peringkat N.38 Nabawan, Ahli Parlimen Pensiangan akan diadakan pada 27 Disember ini di Dewan Masyarakat Nabawan, dianjurkan bersama Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) N.38 Nabawan dan Pejabat Parlimen Pensiangan.

No comments:

Post a Comment