Wednesday 22 December 2010

SEWA SUDAH BAYAR TETAPI RUMAH TIADA?



TUNJUK…. Gambar menunjukan Ismail Enson (kanan) diiringi oleh Marsah Muyong (kiri) selepas membuat laporan di Pejabat SPRM di Kota Kinabalu.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

PEMILIHAN Penghuni di Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Sri Rugading Tuaran, yang didakwa menimbulkan pelbagai kesangsian kerana didapati ianya tidak diberikan kepada mereka yang benar-benar layak sepertimana harapan kerajaan untuk membantu menyediakan rumah kepada penduduk tempatan, terutamanya yang berpendapatan rendah.

Tetapi apa yang menjadi kemusykilan apabila Majlis Daerah Tuaran (MDT) yang dipertanggungjawabkan oleh Kementerian Kerajaan Temapatan dan Perumahan Sabah memberikan kebanyakan kediaman itu kepada mereka yang berpendapatan mewah, penjawat awam, malah dikhuatiri ianya diberikan kepada bangsa lain yang bukan warga negara.

Ketua UMNO Cawangan Sentosa Tuaran, Ismail Enson yang merupakan salah seorang pemohon yang telah mendapat tawaran menyewa perumahan PPR Sri Rugading Tuaran menerusi surat daripada MDT dengan rujukan MDTRN:131/1169(R1087) bertarikh 9 Disember 2008 yang ditandatangani oleh Pengerusi Majlis Daerah Tuaran ketika itu, Awang Shamsi Haji Jamih, menyatakan perasaan kecewanya kerana sehingga kini dia dan keluarganya belum mendapat mendiami rumah yang ditawarkan itu.

Kesangsian yang membelengu itu telah dilaporkan oleh Ismail kepada Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia (SPRM) di pejabat Suruhanjaya itu di Mini Putrajaya, Kota Kinabalu, kelmarin dengan ditemani oleh Ahli Jawatankuasa UMNO Bahagian Tuaran, Marsah Muyong yang juga Mantan Ahli Majlis Daerah Tuaran.

"Selaku rakyat tempatan yang berkerja sendiri, saya telah berusaha membuat penjelasan bayaran sewa satu bulan RM139.00, bayaran deposit sewa RM139.00, bayaran deposit penyelengaraan RM139.00, bayaran deposit bekalan air RM150 dan bayaran kos perjanjian dan insuran RM58.00. Namun sehingga kini belum ada jawaban meskipun bayaran berkenaan telah dilakukan," kata Ismail lagi.

Menurutnya, dia sudah beberapa kali bertemu denggan Pegawai Eksekutif Majlis Daerah Tuaran bagi menyuarakan perkara berkenaan namun sehingga kini belum ada tindakan diambil.

"Pihak yang berkenaan sewajarnya menyelesaikan perkara ini dengan segera agar harapan keluarga kami mendiami rumah yang selesa dapat ditunaikan. Tetapi apa yang menyedihkan harapan itu belum juga menjadi kenyataan, malahan pegawai berkenaan meminta agar saya sertai undian semula, walaupun sebelum itu telah diberitahu olehnya saya akan mendapat rumah di Blok U2 -12. Mengapa ini terjadi? Mengapa MDT pilih kasih?," tanya Ismail dengan nada sedih.

Beliau mengharapkan SPRM akan menjalankan sisatan lebih terperinci kerana dikhuatiri ada penyalahgunaan kuasa di MDT yang bukan sahaja mengenai PPR Seri Rugading, malahan mencakupi pelbagai projek pembangunan yang diamanahkan kerajaan untuk dilaksanakan pada tahun ini.

"Saya tidak ingin menunding jari kepada sesiapa, biarlah SPRM melakukan sisatan dan jika ada didapati salahguna kuasa oleh pegawai MDT, maka tindakan mendakwa perlulah dilakukan segera," tegas Ismail yang yakin penyelewengan itu akan dapat diselesaikan.

No comments:

Post a Comment