Wednesday 8 December 2010

TELUPID ‘UNCIVILIZED TOWN’



SOKONG….Kalbin (kiri) dan Jikol sokong cadangan James Miki agar Bank Perdagangan menubuhkan cawangan di Pekan Telupid.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KESELURUHAN peniaga dan orang ramai, termasuk juga kakitangan kerajaan menyambut baik dan menyokong saranan Ahli Majlis Daerah Beluran merangkap Bendahari Jawatankuasa Barisan Nasional Labuk-Sugut, James Miki yang mencadangkan supaya Bank Perdagangan menubuhkan cawangan di pekan Telupid.

Wakil Peniaga, Kalbin ketika diminta mengulas kenyataan James Miki bertajuk ‘47 Tahun Merdeka Belum Ada Cawangan’ seperti yang tersiar diportal Sabahkini Net baru-baru ini; antara lain menjelaskan memang wajar pekan Telupid mempunyai bank bagi memudahkan orang ramaimenjalankan urusan perbankan.

Sejajar dengan kedudukan Sabah yang sudah 47 tahun merdeka, Kalbin hairan kenapa wakil-wakil rakyat terdahulunya sehingga wakil-wakil rakyat pada hari ini tidak terlintas di fikiran mereka untuk mewujudkan cawangan bank dan juga Puspakom demi kemudahan rakyat di kawasan in, seolah-olah mereka tidak menyedari betapa sengsaranya penduduk Telupid menjalani dua urusan berkenaan.

“Kami malu kerana ada pelancong yang singgah mahu membeli barang tetapi tidak membawa tunai yang cukup bertanyakan bank. Bila kami kata tidak ada, pelancong itu mengejek dengan mengatakan ‘Uncivilized’ dan zaman Barter Trade,” ujar Kalbin dengan nada yang agak kesal.

Kalbin menegaskan, sewajarnya Datuk Ronald Kiandee, Timbalan Speaker Dewan Rakyat yang merupakan Ahli Parlimen Beluran sejak beberapa penggal lalu sewajarnya disingkir pada pilihan raya umum akan datang kerana berkhidmat dengan sempurna dan menidakkan slogan 1Malaysia, “Rakyat di Dahulukan Pencapaian diutamakan diketepikan ”

“Cuba kita fikir sedalam-dalamnya, James Miki hanya Ahli Majlis Daerah Beluran dan juga Ahli Jaatankuasa Bahagian UMNO Beluran, tetapi reaksi dan peranannya yang dimainkan seperti wakil rakyat membuat lawatan ke sana ke mari untuk menemui penduduk kampung dan cuba menyelesaikan masalah rakyat mengikut kemampuannya,” ujar Kalbin yang menyatakan beliau tidak berniat untuk menghina Ronald atau membodek James Miki, sebaliknya menyuarakan kepentingan rakyat Telupid kerana Ahli Parlimen mereka hanya balik kawasan lima kali setahun.

Dalam perkembangan yang sama, Wartawan Sabahkini.Net telah menghubungi Naib Ketua Cabangan Parti KeAdilian Rakyat (PKR) kawasan Beluran, Jikol Gambit, melalui telefon untuk meminta pandangan beliau berhubung isu bank dan Puspakom terperinci mengenai cadangan James Miki supaya pekan Telupid diujudkan Bank dan Puspakom

Jikol menjelaskan, cadangan tersebut merupakan kepentingan untuk Sabah kerana sudah cukup dimalukan selama ini sebagai pekan yang tidak bertamaddun kerana tidak mempunyai Bank dan beberapa institusi penting seperti Puspakom seolah-olah penduduk Telupid masih mengamalkan sistem tukar barang dan berkereta kuda.

“Sebenarnya saya juga berhasrat mahu mendedahkan hal ini kepada Sabahkini.Net mengenai kedua-dua perkara tersebut, tetapi James Miki daripada BN sudahpun menyuarakannya terlebih dahulu. Apapun saya sebagai ahli pembangkang (PKR) amat mengalu-alukan dan mengucapkan syabas dan terima kasih atas peranan beliau,” ujarnya.

Jikol turut menyifatkan ADUN Labuk, Datuk Micheal Asang dan Ahli Parlimen Beluran Ronald Kiandee, adalah ‘Badut Politik’ yang mempunyai empat penyakit yang ditegaskan Perdana Menteri baru-baru ini dan sewajarnya mereka tiada lagi dalam Kamus Politik Sabah pada pilihan raya umum akan datang.

No comments:

Post a Comment