Saturday 4 December 2010

UMNO SEMAKIN GELABAH DENGAN PAKATAN RAKYAT



Oleh: HALIK ZAMAN

KENYATAAN Jaafar Mustapha dari Sandakan bertajuk 'Pemimpin PKR Tidak Bertamaddun' yang tersiar di Sabahkini net ini menarik minat saya untuk mengulas kerana beliau memperlekehkan kepimpinan PKR; jelas menampakkan ketidak-senangan hati para pemimpin UMNO Sabah dengan kewujudan PKR di Sabah, mungkin juga kerana takut atau hanya mencari publisiti murahan.

Bertubi-tubi cercaan, tohmahan dan celaan dilemparkan kepada pemimpin PKR oleh Jaafar secara membabi buta tanpa alasan kukuh atau melemparkan tuduhan 'hearsay'; jelas membuktikan bahawasa ‘mereka’ mula takut dengan kekuatan akar umbi PKR di Sabah yang semakin menyerlah..

Jaafar Mustapha yang baru bertaraf JKK dalam UMNO sanggup melemparkan tuduhan bahawa pemimpin PKR suka memaki hamun, soalannya bila dan di mana? Jaafar juga yang terang-terangan mahu menghalau Anwar dari PKR? Kenapa dan mengapa? Takut dengan kewibawaan Anwar? Kalau tidak mengapa campur tangan dalam hal ehwal rumah tangga orang lain?

Kalau UMNO Sabah menganggap PKR ini parti serpihan atau parti nyamuk, tekanan, desakan, propaganda negatif, fitnah, tuduhan-tuduhan tidak berasas tidak sama sekali akan dilemparkan kepada PKR. Melihat kesemua kronologi perspektif yang negatif ini, menggambarkan dengan jelas dan terang bahawa UMNO Sabah memang ‘gerun’ dengan kehadiran PKR.

Tidak cukup dengan rentetan fitnah yang bertalu-talu, manakala media massa senantiasa mengkhabarkan ‘perkara-perkara’ yang tidak elok sahaja. Tidakkah pernah kerajaan PR, biar sekalipun melaksanakan kebajikan untuk negeri-negeri di bawah pentadbirannya?

Semua monolog yang ditayangkan melalui berita arus perdana diwarnai dengan ‘lakonan-lakonan plastik’ dengan arahan ‘pengarah’ yang hebat, terutama orang tertentu dalam UMNO Malaysia. Kita bukan bodoh menerima bulat-bulat apa yang di warkan oleh media massa atau Jaafar Mustapha yang bertaraf JKKK. Rakyat bukan terlalu daif pemikiran sehingga menelan bulat-bulat apa yang di lihat di kaca TV dan membaca kenyataan murahan Jaafar Mustapha.

Sedikit masa dahulu, terpampang di dada-dada akhbar, kononnya seramai 1,300 orang ahli Hulu Selangor keluar meninggalkan PKR. Yang nyatanya tidak sampai 8 orang yang dilihat, kalau benar wujudnya 1,300 orang ahli yang keluar itu, mengapa mereka tidak pertontonkan kepada umum? Mengapa hanya angka sahaja yang diperkatakan tanpa terlihat akan wujudnya seperti yang diperkatakan? Kalau adapun itu cuma lakonan ahli ahli UMNO yang dibayar.

Kini, ‘golongan prejudis seperti Jaafar Mustapha’ ini mengampu-ampukan kebijaksanaan Tan Sri Pairin Kitingan. Ingin pula saya bertanya, mengapa semasa PBS dalam pembangkang, mengapa kata-kata pujian tidak dihulurkan kepada beliau? Mengapa kini dan dijadikan tolok bandingan dan kenapa pula Kerajaan PBS dirampas dengan ‘membeli katak-katak puru’ itu?

UMNO atau orang suruhannya boleh berkata apa sahaja; parti serpihankah, parti nyamukkah, mereka berhak untuk berkata apa-apa, tapi tidak boleh ‘mencabul’ undi keramat rakyat Malaysia.

Sebahagian besar rakyat Malaysia kini telah bijak untuk menilai baik dan buruk. Semakin PKR diberi tekanan, semakin hebat keyakinan rakyat terhadap kepimpinan Pakatan Rakyat.

Saya percaya segala senario yang berlaku pada hari ini membuktikan bahawa Anwar Ibrahim memang seorang insan yang digeruni oleh kepimpinan UMNO daripada para pemimpin UMNO atasan sehingga Jaafar Mustapha yang bertaraf JKKK.

Kalau tidak, masakan beliau diberi tekanan dan penghinaan tanpa batasan. Bagi kami dalam Pakatan Rakyat, buatlah apa sahaja, hatta ‘perlaburan’ yang bakal diageh-agehkan pada pilihanraya umum akan datang kelak. Namun yang penting, mereka harus faham kerana UNDI adalah rahsia!

No comments:

Post a Comment