Sunday 12 December 2010

WASPADA JIKA TINGGAL DI TEBING SUNGAI



TAKLIMAT………Abdul Rahman (dua dari kanan) mendengar taklimat persediaan Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah yang diterangkan oleh Pengarahnya, Ethong Terang (tiga dari kanan) semasa meninjau Pusat Penempatan Mangsa Banjir Sementara di Kampung Taun Gusi, Kota Belud.

Oleh: ISMAIL MOHD ROSLI

PENDUDUK kampung di daerah Kota Belud yang tinggal berhampiran dengan tepi sungai dinasihati agar sentiasa mengikuti arahan pihak Jawatankuasa Bencana Alam Daerah jika diarahkan untuk berpindah ke Pusat Penempatan Mangsa Banjir yang sudah mula beroperasi kelmarin.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan, penduduk yang berisiko tinggi terutama yang tinggal berhampiran dengan sungai perlu berpindah segera jika mendapat arahan daripada pihak yang berkenaan.

Katanya, arahan itu penting dipatuhi penduduk terbabit ini penting bagi memastikan keluarga mangsa banjir sentiasa dalam keadaan selamat.

“Jika hujan lebat berterusan, penduduk terbabit perlu sentiasa bersiap sedia untuk dipindahkan, sentiasa berwaspada terutama ketika hujan lebat pada waktu malam, bawa dokumen yang penting semasa dipindahkan ke pusat penempatan mangsa banjir.”

Abdul Rahman berkata demikian kepada media ketika mengadakan tinjauan ke Pusat Penempatan Mangsa Banjir di SMK Taun Gusi, dekat sini petang kelmarin.

Menurutnya lagi beliau telah menemui Pegawai Daerah Kota Belud, Pengarah Jabatan Kebajikan Masyarakat Sabah, Pegawai RELA Kota Belud dan agensi yang lain di daerah ini meminta agar mereka bersiap sedia menghadapi sebarang kemungkinan banjir jika hujan lebat berterusan.

Dalam perkembangan berkaitan, Abdul Rahman yang juga Setiausah Barisan Nasional Sabah turut melawat Sistem Amaran Awal Banjir di Kampung Menunggui dan juga melawat penduduk kampong yang tinggal berhampiran dengan tebing sungai di kampung tersebut.

Hadir sama pada sesi lawatan itu antaranya Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam, Pengarah Jabatan Masyarakat Sabah, Ethong Terang; Timbalan Ketua Bahagian Umno Kota Belud, Awadnir Matanggal; Kapitan Cina Kota Belud, Lim Bun Poo; Squad 169 serta para pemimpin setempat yang lain.

No comments:

Post a Comment