Saturday 31 December 2011

LAJIM SERTAI PAKATAN ATAU PIMPIN SPF?



Oleh : HUSSIN OMBI

MISTERI kedudukan Janang Gayuh, Datuk Seri Panglima Lajim Haji Okin di dalam BN semakin menyerlah, terutama selepas Sabahkini.net melaporkan beliau akan memimpin sebuah parti baru melalui artikel ‘Lajim Ketua ‘Sabah People Front’?’

Terkini Blogger Pakatan Rakyat, Musli Oli dalam Facebooknya mendedahkan perkara berikut;

“Suara Pakatan Bergema di K Penyu!! Ribuan manusia di majlis Pakatan Rakyat Datuk John Ghani di Kg Batu Linting. Rakyat terpukau dgn ucapan DS Nizar Jamaluddin yg pekik "Ni Kali La!!. Begitu juga VP PKR, Surindran yg sentuh otonomi Sabah dan 20 pts..DS Lajim turut hadir dan turut berucap. Esok Nizar dan saya berceramah di Kg Tamau, Kota Belud! Ni Kali La!!”

Jika kenyataan Musli benar, maka Lajim umpama telur di hujung tanduk kerana mengikut ‘Pantang Larang’ BN, ahlinya bukan sahaja tidak boleh hadir di Majlis Pembangkang, malah Lajim dikhabarkan turut berucap di majlis tersebut yang turut dihadiri pembesar Pakatan Rakyat.

Sabahkini.net akan berusaha mendapatkan ucapan penuh Lajim dalam masa terdekat.

LIFE WITHOUT IC FOR THE LAST 46 YEARS!

By : AMDE SIDIK

A SIPITANG housewife, Rose Kalsum Zainal from Kg Mesapol Lama finds life has been miserable for the last 46 years having to live without Malaysia Identity Card. She is no less than a foreigner, even foreigners many of them are luckier than her got Mykads soon they arrived in this country in particular Sabah, she said.

Rose Kalsum had applied twice to get Malaysian IC, first was in 1978 in Kota Kinabalu (proof of photocopied documents supplied) but since the IC wasn’t forthcoming she then reapplied by registering at National Registration Department in Sipitang District office in 1990.

Ever since she has been checking with the NRD every few months, the last time she went to check with NRD Sipitang was September last year where she was given the same response by the officer that her record of application was untraceable and not found in the system.

She was about to giving up until her daughter met SAPP member Kamis Daming, Deputy Chairman for Sindumin Liaison Committee who she heard might be able to highlight her plight.

In her birth certificate, a late registration, which is normal in Sabah for those born 50s, that Rose Kalsum has Dusun Kadayan parentage by origin, from Tamparuli and Sipitang.

Kalsum married to a Kadayan from Kg Mesapol bore with 7 children now lives in Kg Mesapol Sipitang. All of her children have Mykads according to her daughter Kiran Bte Kaimi@ Ahad, her fifth child now 25.

KENAPA KERAJAAN ENGGAN TUBUHKAN RCI?



SEJAK awal-awal lagi Parti Maju Sabah telah membuat desakan dan kerjasama badan-badan NGOs dan parti-parti politik di Sabah supaya menyokong penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bersabit dengan pendatang tanpa izin.

Desakan ini bukanlah melibatkan soal bangsa atau agama, tidak sekali, tetapi ianya difokuskan kepada soal undang-undang Negara, peraturan dan kedaulatan negara kita Malaysia. Isu ini tidak akan mengakibatkan sensitiviti sesiapa, khususnya rakyat Malaysia di Sabah. Jangan sesiapa berani membuat kenyataan untuk menakut-nakutkan rakyat negeri ini tentang penubuhan RCI.

Desakan Parti Maju Sabah (SAPP) bersabit dengan penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) bukanlah perkara baru. Inisiatif SAPP berkenaan dengan ini telah diusahakan sejak beberapa tahun yang lalu.

Masalah Pendatang Asing Tanpa Izin (PATI) sudah menjadi masalah universal di seluruh dunia, bukan sahaja di Malaysia atau di Sabah khasnya.

Tidak ada satu negara di dunia ini yang bersetuju dan membenarkan kemasukan pendatang-pendatang tanpa izin. Kemasukan pendatang tanpa izin yang tidak terkawal menggambarkan kelemahan sistem kawalan Negara dan mencabuli kedaulatan negara.

Tanpa ditangani masalah ini akan menimbulkan situasi huru-hara dan menjejaskan keamanan dan keharmonian sesebuah negara atau negeri. Akan wujud masalah sosial, meningkatnya tahap jenayah dan menimbulkan masalah identiti, sebuah negeri/negara yang memerlukan keamanan dan kestabilan.

Menyingkap usaha SAPP atas perkara ini, pada 6 April 2011 lebih daripada 50,000 rakyat Malaysia di Sabah telah menandatangani Petisyen untuk merayu kepada Kerajaan Persekutuan supaya ditubuhkan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) demi untuk menyelesaikan masalah PATI yang sudah sampai jumlah ratusan ribu di Sabah.

Petisyen tersebut telahpun disampaikan kepada Perdana Menteri, Datuk Seri Najib Tun Razak dan Timbalan Perdana Menteri Datuk Muhiddin Yasin semasa persidangan parlimen oleh rombongan SAPP yang diketuai oleh Datuk Eric E. Majimbun, Ahli Parlimen Sepanggar. Salinan surat rayuan tersebut juga telah disampaikan kepada Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Hj. Aman.

Sesiapa sahaja berhak memohon Kad Pengenalan (I.C) melalui proses-proses yang sah dan telus menurut Undang-undang yang diaktakan kepada Jabatan Pendaftaran Negara.

Tujuan dan objektif Parti Maju Sabah (SAPP) mendesak supaya RCI ditubuhkan memandangkan beberapa faktor penting yang harus diambil kira:

1. Meneliti dan mengkaji kebanjiran PATI di Sabah;

2. Membuat penyiasatan yang terperinci terhadap kenaikan mendadak kadar pertumbuhan penduduk di Sabah;

3. Memastikan pembersihan daftar pengundi di Sabah;

4. Membuat penyiasatan yang terperinci tentang pengeluaran Kad Pengenalan (Projek I.C) kepada pemohon-pemohon yang tidak berkelayakan.

Sebagaimana yang diketahui, Kerajaan telah menubuhkan beberapa badan penyiasatan seperti Makmal PATI, Jawatankuasa Pilihan Khas Parlimen, Pelancaran Konsep 5P dan 6P dalam tahun ini; tetapi malangnya tidak ada tindakan lanjut dan keputusan muktamat dilaksanakan demi untuk menyelesaikan masalah PATI yang sudah berlarutan sekian lama di negeri ini.

Dengan itu, atas rayuan rakyat Malaysia di Sabah dan desakan Parti Maju Sabah, badan-badan NGOs dan parti-parti politik sama ada pembangkang dan komponen Barisan Nasional Sabah, Kerajaan Pusat harus memberi pertimbangan yang sewajarnya dan prihatin terhadap penubuhan Suruhanjaya Siasatan Diraja (RCI) dengan segera. (MEDIA SAPP)

PEMIMPIN PERLU SELAMI ASPIRASI BELIA



PRIHATIN...Azizah ketika bersama belia dan beliawanis Kg Rancangan Klias Beaufort dalam satu majlis santai.

Oleh : ABU BAKAR ESAH

MENTERI Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna Sabah, Datuk Azizah Mohd Dun menyedari betapa generasi muda merupakan golongan terpenting dalam sesebuah masyarakat yang akan meneruskan kepimpinan masa depan negara.

Katanya, menyelami naluri dan aspirasi generasi muda merupakan satu tanggungjawab yang tidak boleh diabaikan terutamanya kepada golongan pemimpin.

“Saya ingin melihat dari dekat dan ingin tahu apa sebenarnya apa yang menjadi keperluan belia dan belia wanis masa kini kerana zaman telah berubah berbanding era remaja kami pada masa dahulu. Maka saya lebih suka menemui anda dalam keadaan yang tidak formal,” katanya ketika pada majlis sembang dengan belia dan beliawanis Kampung Rancangan Klias di Beaufort, baru-baru ini.

Hadir sama Pengerusi Penaja Persatuan Belia Kg Rancangan Klias, Roslan Tarisin, pemimpin masyarakat dan belia dan beliawanis kampung tersebut.

Pada majlis itu Azizah yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Klias berharap persatuan belia di kampung itu dapat bergiat aktif demi kebaikan bersama sekali gus dapat menyumbang dalam pembangunan kampung.

Azizah yang dapat mendengar sendiri luahan hati para belia pada pertemuan itu turut mengumumkan kelulusan peruntukan membaiki gelanggang bola tampar pada tahun hadapan dan pelaksanaannya diserahkan kepada belia.

Sementara itu, Roslan berkata kampung itu mempunyai kira-kira 300 belia dan beliawanis dan pihak persatuan akan menggerakan jawatankuasanya untuk mendaftarkan seberapa ramai ahli menyertai persatuan itu.

Beliau berkata antara agenda penubuhan persatuan itu ialah untuk membantu pihak kerajaan dan pemimpin masyarakat dalam penganjuran pelbagai program yang sesuai.

“Walaupun ianya bersifat persatuan belia tetapi pihak kami juga akan menganjurkan pelbagai program selain daripada program belia,” katanya.

AWAS, PENYAMUN ‘FOREX’ DI KENINGAU!



Oleh : JAMES KAMIRON

“SAYA telah melaburkan sebanyak RM50,000 untuk main ‘Forex’ (perdagangan mata wang asing) ke atas nama syarikat Zeta Capital Management yang dikendalikan oleh seorang yang bernama Henry Jacob Borubui. Mereka memberi keyakinan kepada saya bahawa saya akan mendapat keuntungan yang banyak melalui perdagangan ini,” kata seorang pelabur, Paul Ugau.

Apabila ada perjumpaan diadakan sama ada di Ranau, Kudat, Keningau, Papar, Kota Marudu, Paul akan datang untuk melihat mereka melakukan ‘trading’. Setiap minggu Paul mendapat keuntungan berlipat ganda.

Ramai yang menyertai ‘Forex’ melalui Zeta Capital Management terutama pesara, guru, kakitangan kerajaan, peniaga dan petani kerana melihat pulangan yang diperolehi adalah besar.

Mereka melabur serendah RM3,500 yang ditukar ke US Dollar sebelum membuka akaun.

Para pelabur akan diminta untuk memberikan kad pengenalan, salinan bil elektrik atau air dan juga muka depan buku akaun dan juga salinan bayaran melalui akaun bernombor 0102012005575 atas nama syarikat iaitu Zeta Capital Management, di Ambank.

Sebaik sahaja pembayaran dilakukan, akaun yang baru dibuka akan dimainkan oleh individu yang dilantik oleh syarikat tersebut.

Ramai yang meraih keuntungan walaupun hanya dimainkan sekali seminggu. Namun ada masa tertentu pelabur akan kerugian.

Namun, permainan ‘Forex’ di bawah kendalian Henry Borubui dengan dibantu oleh orang-orangnya kini telah berhenti kerana didapati menyimpang dari carta perjalanan ‘Forex’ yang sebenar. Mereka telah menggubal sistem ‘Forex’ secara haram yang dikendalikan oleh mereka sendiri di luar pengetahuan pelabur.

Hasil risikan yang dibuat oleh Sabahkini.net terhadap orang yang bernama Henry Jacob Borubui mendapati penama ini menetap di Kampung Bantayan, bersebelahan dengan Kampung Minintod, Penampang. Kekayaan beliau boleh dinilai dengan memiliki beberapa buah kereta mewah termasuk Ninja King, BMW, Triton, CRV, Kereta Sport dan menjalani kehidupan hidup mewah; apatah lagi di usia muda 30-an beliau telah menjadi kaya raya.

Dari manakah Henry mendapat duit untuk membeli kemewahan ini? untuk memasuki pelaburan ‘Forex’ Zeta seseorang harus mempunyai RM3,500 sebagai pra syarat. Para pelabur biasanya melaburkan sehingga RM10,000 malahan ada yang melaburkan kesemua wang persaraannya untuk menggandakan wang yang ada. Para petani dan penoreh getah adalah di antara yang menyertai ‘Forex’ kerana tertarik dengan keuntungan segera yang mereka perolehi.

Ramai suami isteri bercerai berai disebabkan pelaburan ‘Forex’. Ramai orang kehilangan kawan. Ramai kehilangan harga diri serta maruah. Ramai juga kehilangan rumah, tanah, harta benda, kereta disebabkan oleh ‘Forex’.

Perdagangan ‘Forex’ haram ini telah menghancurkan masa hadapan ramai orang terutama pelabur, namun orang seperti Henry Jacob Borubui terus menerus menipu orang ramai tanpa sebarang tindakan daripada pihak berkuasa.

Boleh dikatakan Henry Borubui telah mengumpul wang sehingga berpuluh juta. Jika kerajaan tidak mengekang dan memantau para pemain ‘Forex’ seperti Henry Borubui, maka lebih ramai lagi mangsa akan tertipu dan teraniaya.

‘Forex’ adalah perniagaan yang mempunyai pasang surutnya, namun para pemainnya mempunyai kecekapan untuk menilai pasaran. Kini Henry telah memindahkan wang pelabur ke akaun baru yang secara senyap tanpa pengetahuan para pelabur Zeta.

Seorang lagi individu yang dikatakan menjadi jutawan segera melalui ‘Forex’ ialah Andy Junis, dari Keningau, Sabah. Beliau berniaga ‘Forex’ atas nama Edgar International. Sebelum ini beliau bermain komoditi atas nama Zillion yang telah menyebabkan kerugian besar penduduk di Keningau.

Meskipun hidup secara sederhana di kampungnya, Andy memiliki kekayaaan luar biasa. Latarbelakang ibu bapanya hanya sebagai petani. Namun berbekalkan kebijaksanaan dan kecekapan yang dipelajarinya dari Henry Borubui, beliau menjadikan ‘Forex’ sebagai senjata untuk meraih pendapatan luar biasa.

Beliau menggalakkan ramai orang kampung menyertai ‘Forex’ dan jika mereka tidak memiliki wang yang cukup Andy bersedia menerima gadaian geran tanah.

Andy juga memiliki sebuah syarikat yang dinamakan Matanoi Group dan Eastern Rich. Syarikat ini pernah menaja satu acara peringatan Batu Sumpah sempena Hari Malaysia anjuran Pejabat Daerah Keningau pada tahun 2010 dan sebuah parti komponen Barisan Nasional (BN).

Ramai orang kenamaan menyertai pelaburan ‘Forex’ ini kerana orang kuat Andy Junis ialah seorang ahli politik yang bernama Rayner Udong yang telah membawa ramai orang melabur ‘Forex’. Dikatakan beberapa wakil rakyat telah menyertai ‘Forex’ melalui Rayner.

Melalui orang kanannya, Albert Henry, yang juga memiliki kemewahan luar biasa, mereka sering ke luar negeri dan memiliki beberapa perniagaan di Sabah. Antaranya yang dikatakan ialah Andy dan Albert melalui Matanoi Group menyewakan sehingga 200 unit rumah kepada Kementerian Pertahanan Malaysia di Sepanggar, Kota Kinabalu.

Melalui Matanoi Group juga, kedua individu ini menjalankan perniagaan pelancongan, perkapalan dan di Keningau menyewakan jentera-jentera kepada kontraktor.

Dari manakah Matanoi Group mendapat wang untuk menjalankan perniagaannya? Wang yang digunakan Matanoi Group adalah hasil pengumpulan wang haram Andy dan Albart melalui perdagangan ‘Forex’ Edgar International secara penipuan terancang.

Para pelabur kebiasaannya akan merujuk kepada individu-individu (Henry, Andy, Albert) ini sama ada ‘buy’ atau ‘sell’ semasa bermain ‘Forex’. Oleh kerana sistem (indicator) yang digunakan adalah dikawal oleh individu menggunakan sistem sendiri yang di ‘upload’kan ke komputer pelabur; maka dengan mudah para pelabur akan ditipu oleh kelicikan permainan mereka.

“Dia akan suruh ‘buy’ tetapi kalau mengikut indicator antarabangsa sebenar ialah ‘sell’, namun kedudukan mereka tidak goncang sebab wang itu tidak kemana-mana, wang itu hanya beralih kepada mereka ini, penipuan ini sememangnya telah dirancang. Perdagangan itu dijalankan secara in house,” kata Matthew, seorang pelabur yang geram disebabkan seorang dari ‘Penyamun Tarbus’ ini tidak menjawab telefon bagi beliau mendapatkan maklumat terkini pelaburan ‘Forex’ yang dibuatnya.

Malahan beliau reda dengan kehilangan RM7,000 yang telah dilaburkan meskipun tidak tahu ke mana lagi untuk mengesan para penyamun ini.

“Mereka akan katakan kepada pelabur, bahawa mereka silap membuat analisis terhadap pelaburan, tetapi sebenarnya itulah permainan mereka untuk mendapatkan duit orang secara haram,” kata Matthew yang menggesa Bank Negara Malaysia dan Polis DiRaja Malaysia bertindak segera telah ramai mangsa telah membuat laporan polis.

Apakah kerajaan terus menerus menghalalkan perbuatan para penyamun ini yang terus berterusan menipu dengan pelbagai cara termasuklah mengubah nama syarikat ‘Forex’ tanpa pengetahuan pelabur, atau kononnya berlaku gempa bumi, perang di luar negara yang sebenarnya langsung tidak bersangkut paut?

Adakah kerajaan terus menghalalkan penipuan terancang ini? Bagaimana dengan orang yang telah ditangkap pertengahan tahun yang dikaitkan dengan pelaburan ‘Forex’? Adakah kerajaan tidak mempunyai cukup bukti untuk membawa para penyambun ini ke penjara? Kerajaan harus menyita harta mereka ini kerana cara harta itu diperoleh dari hasil penipuan terancang.

Atau benarkah individu-individu ini mempunyai hubungan di dalam sehingga mereka sukar ditangkap dan masih bebas ke sana sini berterusan menipu?

Laporan Daily Express mengenai individu berkaitan ‘Forex’ juga telah senyap sehingga kini? Adakah James Sarda telah dibeli oleh para penyamun ini?

Untuk makluman kepada mangsa, laporan polis boleh dibuat dan siasatan di bawah Seksyen 420 Kanun Keseksaan kerana menipu boleh dijalankan. Dalam pada itu juga, siasatan juga akan dijalankan di bawah Seksyen 25(1) Akta Bank dan Institusi-Institusi Kewangan 1989 (BAFIA) dan Seksyen 4(1) Akta Pencegahan Pengubahan Wang Haram dan Pembanterasan Pembiayaan Keganasan 2001 (AMLATFA).

Bagaimanapun, tanpa adanya laporan daripada mangsa kepada pihak-pihak yang berwajib seperti pihak Polis dan aduan kepada Bank Negara Malaysia pihak berkuasa sukar untuk bertindak menjalankan siasatan. Atau menghantar aduan kepada Bank Negara ke Unit Penyiasatan Khas, Bank Negara Malaysia, Jalan Dato' Onn, 50480 Kuala Lumpur. Faksimili: 03-26987467. E-mel: upkinfo@bnm.gov.my Sila juga hubungi di nombor telefon yang berikut: Tel.: 03-26915090/2698 4163/ 26910824/2692 6482.