Friday 7 January 2011

ANSARI DINASIHATKAN LUPAKAN MPN SABAH


Grafik ini dikirim bersama surat ini.

Saudara Pengarang,

DAKWAAN kumpulan Ansari yang mempersoalkan kepimpinan Ahmad Tamrin sebagai gagal, adalah retrorik politik yang digembar-gemburkan oleh orang kanannya (3 Stoges) bagi menutup kelemahan mereka serta agenda sulit mereka menguasai kumpulan majoriti dalam pentadbiran PKR Sabah.

Rakyat Sabah cukup maklum persaingan untuk menjadi Pengerusi MPN Negeri di antara Ansari dan Jeffrey beberapa tahun lalu telah menyebabkan pihak pusat mengambil jalan tengah melantik Azmin Ali sebagai Pemangku PKR Sabah beberapa ketika sebelum jawatan itu diserahkan kepada Ahmad Tamrin Jaini untuk memimpin PKR Negeri ini dengan cemerlang dan jayanya.

Jeffrey terpaksa meninggalkan PKR kerana tidak sebulu dengan Ansari, bukan kerana kecewa terhadap kepimpinan Tamrin Jaini (TJ), rasa tidak puas hati Jeffry telah meluap-luap setelah Ansari dipilih sebagai Calon PRK Batu Sapi yang menyebabkan Jeffrey enggan turun berkempen dan membantu calon PKR itu di Batu Sapi tahun lalu.

Tetapi selepas pemilihan PKR selesai di seluruh Negara Ansari yang pernah dibuang dari jawatan pengerusi berminat semula untuk menerajui PKR Sabah bagi meneruskan agenda tersembunyinya menguasai PKR Sabah. Dengan rancangan rapi ditambah pula penyertaan Datuk Haji Karim Ghani mantan ahli UMNO ke PKR, maka niat dan maksud itu telah dilaksanakan secara teratur bagi mengambil semula kepimpinan PKR dari TJ.

TJ yang mendapat sokongan 90% dari Cabang PKR Sabah, sentiasa ‘low profile’ itu menyerahkan keputusan perlantikannya semula kepada pusat selepas mesyuarat MPN 13 Disember 2010 menghendaki pihak pusat memberikan keputusan muktamad siapa yang akan memimpin barisan Pentadbiran PKR Sabah ke arah PRU13.

Namum sebelum pusat sempat membuat keputusan, kem Ansari telah mengadakan sidang akbarnya pada 5 Januari 2011 dan menyatakan pendirian mereka mengenai PKR Sabah serta mengaibkan Pemimpin mereka sendiri sebagai alasan Jeffrey meninggalkan PKR Sabah.
Kita lupakan isu Jeffrey dahulu, kita berbalik kepada isu pokok siapa layak memimpin PKR Sabah.

Kemelut PKR Sabah memuncak dan berulang semula walaupun sudah dilihat tenang sebelum ini, disebabkan kerja ‘Badut The Three Stoges’ yang menjadi jurucakap Ansari.

Mesyuarat MPN Negeri Sabah yang sepatutnya diadakan 6 Januari 2011 dan dipengerusikan oleh Setiausaha Agong PKR Pusat, Saifuddin Nasution gagal dijalankan apabila beberapa Ketua Cabang bertindak untuk tidak hadir kerana rasa tidak puas hati mereka kepada jurucakap Ansari, Anthony Mandiau yang mendakwa 15 cabang menyokong Ansari wal hal hanya 3 cabang sehaja.

Mungkin kekuatan Kewangan menjadi permainan mereka untuk mempengeruhi Ketua Ketua Cabang di Sabah, namun rancangan itu gagal apabila Ketua-Ketua Cabang menolak mentah-mentah kerana tidak rela menjadikan diri mereka menjadi seekor kambing bernilai RM 500.00 ringgit bagi satu tandatangan menyokong satu resolusi ‘The Three Stoges’.

Ada laporan menyatakan Ketua-Ketua Cabang yang keras sedikit telah ditawarkan dengan harga seekor Kerbau RM 2,000 Untuk menandatangai penyataan sokongan, namun semua rancangan gagal kerana Ketua-Ketua Cabang bukanlah binatang yang boleh dijual beli.

Jesteru itu Ansari dinasihatkan melupakan hasrat untuk menjadi Pengerusi MPN Negeri Sabah melalui proses jual beli umpama binatang ternakan yang bernilai seekor kambing atau seekor kerbau.

Jika ini berlaku maka ia adalah tragedi besar yang amat sedih kepada PKR Sabah yang dinilaikan umpama satu perjuangan sebanding dengan harga seekor kambing atau lembu kurus.

Ingatan kami berpeganglah kepada amanah bahawa anda adalah rakyat Sabah menuju arah perubahan sebenar.

Salam Perjuangan,

KUMPULAN MAJORITI PKR SABAH

No comments:

Post a Comment