Sunday 2 January 2011

BETUL BUKAN SEMUA BUGIS PATI



Saudara Pengarang,

SAYA amat menyokong penjelasan Mutalib M.D bahawa bukan semua Bugis PATI terutama mereka yang masuk sebelum Hari Malaysia dan mendapat kad pengenalan berwarna oren contohnya macam kad pengenalan saya bernombor 174183 keluaran pada tahun 1969 yang digelar.

Kita hanya memberi gelaran PATI kepada Bugis yang masuk ke Sabah secara sah atau tidak sah pada era kerajaan BERJAYA kerana pada masa itu pengeluarkan IC warna biru pada tahun 1970.

Saya lahir pada 2 Mac 1954 tapi kad pengenalan saya bernombor 0170314 ada orang lahir pada tahun 1947 IC mereka nombor H035XXXX atau H050XXXX sememangnya ‘Palsu’ dan tidak betul sebabnya IC mereka tidak mempunyai nombor kad pengenalan yang mempunyai enam nombor atau sijil warga negara.

IC seperti ini adalah IC Projek yang dikeluarkan di zaman BERJAYA, terutama produk Batu Sapi kerana kebanyakan pemegangnya PATI Filipina, Bajau dan Suluk.

Semasa pemerintahan PBS pula terutama di Keningau, kebanyakan bangsa ‘Tator’ (Toraja) menggunakan nama Islam seperti Ismail Ahmad atau Siti Salbiah Mohamed tapi menyekek celeng (khinzir); kerana apabila kita memberi salam mereka jawab, “maaf saya ini bukan Islam”.

Saya Tanya kenapa kamu menggunakan nama Islam? Mereka kata kerana mereka diberi IC dengan nama baru kerana kalau mereka menggunakan nama asal atau berunsurkan nama Kristian macam orang ‘Timor’ dan orang Visaya, mereka sukar mendapat kad pengenalan.

Sekarang pemilik Minis Bas, bas besar, teksi semuanya dimonopoli oleh Bugis PATI yang mendapat IC Projek H035XXXX atau H050XXXX dan sebagainya; namun mereka gagal mendapat lesen PUKONSA atau PKK; melainkan jika mereka mempunyai sijil lahir daftar lewat.

Bugis PATI juga gagal mendapat pinjaman MARA kerana semua permohonan mereka setakat ini telah ditolak sehingga mereka terpaksa bergantung kepada ‘Along’ dan ‘Bank Perdagangan’.

Salam 1 Malaysia.

SHAIMON S JUMADI

No comments:

Post a Comment