Sunday 16 January 2011

GOTONG ROYONG AEDES KG ENTELIBON



RAJIN….Kelihatan Masiung turut serta dalam program gotong royong tersebut.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

AHLI Dewan Undangan Negeri Kuamut, Masiung Banah berkata program gotong royong adalah untuk menggerak komuniti supaya bertindak menghapuskan tempat-tempat pembiayakan nyamuk Aedes di dalam dan di luar rumah.

Di samping itu, untuk meningkatkan tahap kefahaman masyarakat tentang bahayanya Aedes dan cara menghapuskannya, lantas program sebegini dilancarkan di peringkat kebangsaan dan telahpun diadakan di beberapa buah negeri di seluruh pelusuk negara ini dengan bermatlamatkan melahirkan komuniti bebas daripada Aedes.

Masiung berkata demikian ketika berucap merasmikan program Gotong Royong Perdana ‘Jom Ganyang Aedes’ peringkat Kampung Simpang Entelibon Tongod, kelmarin.

Justeru melalui program ini tambah Masiung, akan dapat membina persepsi komuniti bahawa tugas membanteras denggi merupakan satu tanggungjawab bersama.

“Saya percaya pada hari ini anda semua telah didedahkan dengan maklumat yang tepat berkenaan langkah-langkah pencegahan wabak deman denggi dan saya tegaskan di sini bahawa wabak denggi ini adalah amat merbahaya dan sehingga kini tiada ubatnya,” ujar Masiung lagi.

Penyakit bawaan nyamuk Aedes ini tidak boleh dirawat oleh sebarang ubat dan ianya sekaligus boleh membunuh dalam sekelip mata,” ujar Masiung yang meminta penduduk supaya mengamalkan penjagaan kebersihan di sekeliling kawasan rumah.

Yang paling penting, kata Masiung, ialah langkah kawalan yang sangat berkesan untuk menghapuskan wabak ini adalah melalui penghapusan tempat pembiakan nyamuk tersebut seperti takungan air yang terdapat dalam bekas tayar-tayar buruk, saluran parit bertakung dan tin-tin kosong.

ALBUM…Gambar kenang-kenangan barisan pegawai-pegawai kanan/pemimpin masyarakat bergambar sama dengan Masiung.

MEDIA…Kelihatan beberapa wartawan daripada pelbagai media termasuk wartawan kanan Sabahkini Net telah mengadakan wawancara dengan ADUN dan Pegawai Kesihatan berkenaan

“Saya ingin menekankan di sini kunci dan faktor utama bagi mencegah demam denggi adalah dengan mengurangkan tempat pembiakan nyamuk Aedes sama ada di dalam mahupun di luar rumah kerana semburan kabus atau ‘Fogging’ hanya membunuh nyamuk dewasa dan tidak membunuh jentik-jentik,” terangnya lagi.

Gotong Royong anjuran Jabatan Kesihatan Kinabatangan yang bermula awal jam 6.30 pagi dan berakhir jam 11.30 telah disertai lebih daripada 150 penduduk kampung berkenaan.

Turut Hadir pada majlis itu ialah Pemimpin Kemajuan Rakyat (PKR) kawasan Kuamut, Pegawai Daerah Tongod, Pegawai Kesihatan Kawasan dan Pemaju Mukim Liasing Podok.

No comments:

Post a Comment