Saturday 22 January 2011

HAPUSKAN BIROKRASI DI PERBADANAN LABUAN



Saudara pengarang,

PERBADANAN Labuan menyusahkan para peniaga Labuan terutama ketika peniaga mahu membuat pertukaran alamat lesen perniagaan atau menukar nama pemilik lama kepada pemilik baru kerana akan mengambil masa antara tiga minggu sehingga tiga bulan.

Pegawai perbadanan kata, semua pertukaran milik atau alamat hendaklah diputuskan oleh mesyuarat bulanan Perbadanan Labuan. Kami takjub dengan kecekapan Jabatan Imigresen yang hanya mengambil masa sehari sahaja (ada kalanya satu jam sahaja) untuk memperbaharui Pasport Malaysia.

Sebaliknya Perbadanan Labuan mengambil masa yang terlalu lama untuk proses menukar hak milik atau menukar alamat lokasi premis perniagaan sedangkan perniagaan mereka telah beroperasi selama bertahun di Labuan dan segala butir perniagaan sudah ada dalam sistem komputer Perbadanan Labuan.

Kami kecewa kerana pegawai Perbadanan Labuan hanya ingin tahu lokasi yang hendak dipindahkan sesuai atau tidak untuk berniaga dan jika tiada halangan terus boleh keluarkan lesen tanpa dibawa ke mesyuarat bulanan untuk meluluskan lesen tersebut.

Tetapi agak aneh ialah lesen tersebut bukannya permohonan baru atau lesen karaoke atau lesen kilang. Kenapa dibuat seperti permohonan lesen baru.

Sehubungan itu, kami meminta ehsan Pengerusi Perbadanan Labuan agar mengurangkan karenah birokrasi agar tidak menyusahkan para peniaga di Wilayah Persekutuan Labuan.

Salam Hormat,

PENIAGA KECEWA.

No comments:

Post a Comment