Sunday 16 January 2011

JOJO ‘STOOGES’ KE EMPAT?



Saudara pengarang,

SUKACITA saya ingin mempersoalkan logika akal berhubung kenyataan Ketua Cabang PKR Silam, Johani Abdul Halim bertajuk ‘The 3 Stooges’ Rosakkan PKR Sabah’ ini sama ada betul atau diputar belitkan oleh DUIT.

Dalam suratnya, Johani kesal terhadap pucuk pimpinan PKR Pusat atas sebab terpengaruh dengan ‘3 Stooges’ yang dinamakannya sebagai perancang utama hingga Presiden melantik Ustaz Pajudin Nordin sebagai MPN Sabah yang baru.

Persoalannya, Sidang Akhbar yang dibuat oleh Anthony Mandiau dan bersama 15 Ketua Cabang yang turut menyokong Hj Ansari Abdullah, bukannya meminta Presiden melantik Ustaz Pajudin Nordin; ini jelas dalam akhbar tempatan yang menyatakan mereka 15 Ketua Cabang tersebut menyokong Hj Ansari Abdullah. Bukankah keadaan ini jelas menunjukkan Johani @ Jojo telah berbohong?

Yang kedua, kononnya Ahmad Tamrin mendapat sokongan 22 ketua Cabang PKR Sabah, Dr Jeffrey Kitingan (Ketua Cabang Pensiangan) sudah pun keluar menubuhkan UBF, bersama Awg Ahmad Shah (Ketua Cabang Putatan) yang sebelum ini juga keahliannya telah digantung tidak bertali oleh PKR kerana menubuhkan Parti Cinta Sabah.

Bererti 25 Cabang ditolak ‘3 Stooges’ kerana mereka juga adalah Ketua Cabang, kemudian tolak lagi 2 Ketua Cabang yang sudah keluar PKR sudah tinggal 20 Cabang bukan 22 cabang seperti didakwa Johani@ Jojo. Bukankah Johani berbohong kali kedua?

Yang ketiga, Johani menamakan kumpulan perancang kegagalan Ahmad Tamrin menjadi MPN seperti: Anthony Mandiau (KC MARUDU), Hassnar Ibrahim (KC Batu Sapi), Johnatan Yasin (KC Ranau), Dolji Muda (KC Sipitang), Hj Ansari Abdullah (KC Tuaran).

Kesemua mereka ini sudah 5 Ketua Cabang, di tambah dengan Ketua Cabang Kimanis dan Kota Kinabalu sudah 7 Cabang, ditolak lagi 2 mantan Ketua Cabang yang khianat, kesemua cabang yang berkecuali 9 Cabang. Oleh itu dari mana Johani @ Jojo dapat 22 Cabang sokong Ahmad Tamrin?

Mungkin juga Johani tidak pernah bersekolah, maka saya terpaksa membetulkan matematiknya 25 cabang tolak 9 cabang tinggal 16 cabang.

Yang keempat, saya mendapat maklumat yang sah, Datuk Halik Zaman (Ketua Cabang Tenom) ada menandatangani surat sokongan kepada Hj Ansari Abdullah sebagai MPN, begitu juga Pemangku Ketua Cabang Putatan dan pemangku Ketua Cabang Pensiangan diikuti Ketua Cabang Kalabakan serta Semporna dan juga Ketua Cabang Beluran dan lagi Pemangku Ketua Cabang Kudat, kesemua cabang yang dinamakan adalah 7 cabang ditolak lagi daripada 16 cabang Johani, tinggal 9 cabang yang tertinggal untuk ‘Chief De Mission’ Johani iaitu Ahmad Tamrin. Inilah pembohongan keempat Johani.

Di pembohongan keempat ini dan nama-nama yang saya namakan ini bolehlah di panggil untuk angkat sumpah berlandaskan Al Quaran, sama ada benar atau tidak mereka ini ada memberi sokongan kepada Hj Ansari Abdullah?

Sehubungan itu, sebagai rakan seperjuangan yang menelan pahit maung bersama PKR sejak parti itu wujud di Sabah dan ketika Johani masih dalam UMNO, saya ingin memberi nasihat kepada Johani @ Jojo sebelum segala pembohongan dan pengkianatan terhadap rakan dalam PKR dibongkar, adalah lebih baik akur kepada keputusan Presiden.

Jangan susah, kata Presiden, Johani Abd Halim tetap akan jadi calon PRU 13.

Salam Perjuangan,

007

No comments:

Post a Comment