Saturday 22 January 2011

KAMI TIDAK SABAR MAHU JADI AHLI PKR!



Oleh: KREW SABAHKINI NET

“Kami tidak sabar lagi menanti program Ketua Cabang Tenom, Halik Zaman datang ke kampung kami di Abul Tengah, Kemabong untuk menerima kami menjadi anggota PKR,” kata Unim B.Mansiang di Pejabat PKR Tenom petang kelmarin.

"Seramai 10 orang ahli UMNO/BN keluar daripada parti tersebut kerana sudah hilang kepercayaan kepada UMNO/BN Bahagian Tenom yang selama ini cuma pandai berjanji tapi tidak ditunaikan. Semua janji-janji palsu sahaja,” ujar Unim dengan nada marah dan sarat dengan kekecewaan.

Semasa menerima borang keanggotaan PKR dari 10 orang bekas ahli UMNO/BN, Halik berkata, sekali kita berbohong kepada rakyat, tidak mustahil rakyat akan hilang kepercayaan kepada kepimpinan para pemimpin UMNO/BN dan tidak mustahil ahli ahlinya mengucapkan ‘sayonara’ kepada UMNO/BN.

Jelas Ketua Cabang PKR itu lagi, kos hidup rakyat melambung tinggi di pedalaman, dan penjelasan daripada menteri UMNO/BN Pusat yang bertanggung jawab, kononnya kenaikan harga bawang merah mencecah RM20 sekilo itu bukan tanggung jawab Kerajaan UMNO/BN. Kalau bukan harga minyak petrol naik tentu harga kos hidup rakyat tidak akan mencekik leher rakyat.

"Kerajaan UMNO/BN mesti bertanggung jawab, bukan lari dari tanggung jawab. Apa sahaja kenaikan kos hidup rakyat Kerajaan UMNO/BN mesti ditangani dan sentiasa mengawal kenaikan kos hidup rakyat. Bukan cuci tangan dan salahkan orang lain," tegas Halik dengan nada agak kesal.

Turut hadir di majlis penerimaan anggota itu ialah Setiausaha Cabang PKR, Meseri Raisimin dan Ketua Penerangan, Abas Montog.

No comments:

Post a Comment