Friday 14 January 2011

KASIH SAYANG KATALIS PALING BERKESAN



Oleh: ARSHAD HUSSIN

KENANGAN... Nasir(duduk lima kiri); Tahir Amir (duduk tiga kanan) dan Abd.Manan Indanan (duduk dua kanan)mengabadikan gambar kenangan bersama sebahagian guru-guru dan kakitangan SK Bubul sempena majlis perjumpaan itu di Inabah Kamal, Semporna.

MENTERI Di Jabatan Ketua Menteri, Dato Sri Haji Nasir Tun Sakaran, mengingatkan guru-guru terus berusaha meningkatkan prestasi memberikan didikan kepada murid-murid dengan menerapkan nilai-nilai murni kasih sayang.

Katanya, zaman sudah lama berubah. Dunia semakin maju dan anak-anak semakin memerlukan kasih sayang khususnya dari sudut cara pengajaran serta pembinaan akhlak mulia.

Sehubungan itu katanya, hanya dengan cara kelembutan kasih sayang mampu menjinakkan hati anak-anak terus bersemangat belajar menimba ilmu berbanding zaman dahulu dengan cara merotan.

Nasir yang juga Ahli Dewan Undangan Negeri (Adun) Senallang, menjelaskan demikian sempena majlis perjumpaan mesra dengan guru-guru dan kakitangan Sekolah Rendah Kerajaan Bubul Semporna.

Hadirsama sempena majlis itu Pemimpin Unit Kemajuan Rakyat kawasan Senallang, Haji Tahir Amir; Pegawai Perhubungan Adun, Haji Zainal Jalaludin; Pengerusi PIBG SK Bubul; Abdul Manan Haji Indangan serta guru-guru dan kakitangan SK Bubul.

Selain itu kata Nasir, hubungan mesra sesama guru, kakitangan pentadbiran sekolah, PIBG dan kaum ibubapa juga banyak memberi impak kepada prestasi pelajaran murid-murid.

Katanya, tanpa hubungan mesra dan kerjasama serta saling membantu ini mustahil sesuatu kejayaan mampu dicapai sebaliknya akan membawa kepada kegagalan yang akhirnya menimbulkan pelbagai implikasi serta merugikan semua pihak terutamanya prestasi pelajaran anaka-anak murid.

Jestru itu, kata Nasir, pihak pentadbiran sekolah, guru-guru dan kakitangan serta jawatankuasa PIBG hendaklah sentiasa saling membantu dengan semangat kerja berpasukan (Teamwork) yang jitu sambil mengukuhkan perpaduan antara kaum berlandaskan konsep 1Malaysia.

No comments:

Post a Comment