Friday 14 January 2011

KASTAM SEMAKIN HEBAT PUNGUT ‘CUKAI’



Saudara Pengarang,

TIDAK pernah terlintas di fikiran saya untuk menulis, mengkiritik Jabatan Kastam yang suatu ketika dulu menjadi periuk nasi saya. Saya merasa sangat sedih, bila melihat Kastam sekarang sudah jauh terpesong daripada matlamat utamanya iaitu, memungut hasil untuk negara Malaysia yang tercinta ini.

Apa yang berlaku sekarang, kegiatan penyeludupan minuman keras dan rokok dari W.P Labuan semakin menjadi-jadi. Program Kastam mengadakan operasi Pagar sejak bulan Julai tahun lepas, tidak membawa kesan yang besar kepada sesetengah penyeludup. Jika tidak, kenapa bekalan minuman keras dan rokok masih lagi banyak diperolehi di Kota Kinabalu dan di sebahagian besar negeri Sabah?

Tidak cukup dengan cara penyeludupan di laut dan darat, kegiatan penyeludupan juga berlaku di pintu masuk Pelabuhan Sepanggar. Kontena-kontena yang berisikan minuman keras, barang-barang dari China yang tidak diikrar dengan betul, melintasi pintu masuk di pelabuhan Sepanggar. Siapa dalangnya?

Cuba kita bertanya pada PKPK II AA di bahagian pencegahan, siapa itu George Yong dan Johnson Tai. Setiap bulan, kedua-dua ini akan menghantar ‘ufti’ kepada sebilangan kecil pegawai-pegawai di Unit Pencegah sebagai ganjaran kerana tidak memeriksa kontena mereka.

Cuba kita bertanya pada bahagian Pencegah, berapa kontena milik kedua-dua individu ini pernah diperiksa, jawapannya adalah kosong. Sekarang ini, OPS Pagar dijalankan di Sindumin dan saya sangat kagum kepada pegawai-pegawai Kastam yang membuat roadblok di Sindumin kerana berdiri gah di jalanraya menjalankan tugas.

Tetapi, apa hasilnya? Pernahkah tertangkap para penyeludup yang membawa minuman keras dari Sarawak? Hampir setiap hari, ada saja lori-lori yang membawa minuman keras melintasi sempadan dan kawasan sekatan jalanraya menuju ke Keningau. Kalau tiada habuan, macam mana boleh terlepas?

Semua aktiviti yang dilakukan kastam ini hanya mengabui mata maysarakat sahaja. Penyeludup bernama Kelly atau ‘Taukeh Niu’, Gumuk, Aikbi, Ahming, Ah Tik dan MU, semakin kaya raya hasil dari penyeludupan minuman keras dan rokok.

Yang lebih hebat lagi iaitu penyeludup bernama Ah Fui yang menyeludup rokok berjuta-juta ringgit. Kastam hanya memperbodohkan rakyat, patutlah hasil pungutan cukai tidak sehebat LHDN, sebab kebanyakan cukai telah masuk ke dalam poket mereka sendiri.

Salam Berduka,

KASTAM PENCEN

1 comment:

  1. Apa yg di katakan ni sya sokong 100%..
    sya sendiri seorang kakitangan awam yg bertugas di kawasan Pos Imigeresen Merapok/Sindumin
    hari2 melihat lori yang membawa minuman boleh terlepas begitu sahaja...
    kalau boleh..pihak atasan KDRM cuba2 la tengok kegiatan anak buah yang bertugas di Sindumin..
    ini bukan fitnah..
    tapi kenyataan..
    ramai yang boleh jadi saksi kecurangan KDRM di Sindumin..

    Salam Kecewa.

    Kakitangan Awam

    ReplyDelete