Tuesday 11 January 2011

KDN WAJIB SIASAT KES SEBANGKAT



Saudara Pengarang,

WALAUPUN diberikan alasan ‘keselamatan’ sebagai punca untuk menafikan pembayaran wang pampasan untuk membebaskan dua tebusan warganegara Malaysia, Tsen Vui Chung dan Lai Wing Chau yang ditawan penculik selama 317 hari di Selatan Filipina, namun sebagai penderma sejumlah besar pampasan, kami tidak berpuas hati.

Dikhabarkan wang yang berjaya dipungut melebihi daripada jumlah yang diharapkan, namun kami mendapat tahu daripada pihak berkuasa Filipina hanya RM2juta sahaja yang dibayar kepada penculik.

Persoalannya ke mana lebihan wang tersebut dan di bawah kendalian siapa sehingga lebih RM1juta tidak sampai ke tangan penculik?

Salam Hormat,

PENDERMA TERTIPU

No comments:

Post a Comment