Sunday 30 January 2011

KUBUR BERHALA SEMAKIN RUNTUH



RUNTUH…Beginilah keadaan tanah kuburan yang runtuh oleh hakisan.

OleH: SHAIMON S JUMADI

SELAIN banyak pokok-pokok tumbang di sana sini, termasuk tanah runtuh di beberapa tempat ekoran hujan lebat semalaman menyebabkan Tanah Perkuburan Islam Kampung Sim-Sim, Berhala Darat Sandakan juga runtuh oleh hakisan.

Wartawan Kanan Sabahkini.Net semasa meninjau tempat kejadian sempat menemui keluarga waris yang hanya dikenali Amat menjelaskan setiap tahun hujan lebat tanah, kuburan ini memang sering runtuh oleh hakisan.

Kata Amat lagi walaupun struktur kuburan itu cukup kukuh kerana di sekelilingnya telah disimen, namun tidak juga bertahan di musim hujan yang berpanjangan dan sudah pasti akan runtuh juga

Tambah beliau lagi perkara ini sudahpun dimaklumkan kepada Ketua Kampung dan Pengerusi JKKK Kampung Berhala Darat untuk mengadakan gotong-royong untuk memperbaiki semula kerosakan kuburan tersebut.

1 comment: