Thursday 20 January 2011

LAPORAN SABAHKINI.NET 100 % TEPAT



Saudara Pengarang,

SEBAGAI kakitangan awam yang bertugas di Kawasan Pos Imigresen Merapok/Sindumin, saya menyokong 100 peratus ketepatan laporan Sabahkini.net bertajuk ‘Kastam Semakin Hebat Pungut Cukai’

Setiap hari saya melihat lori yang membawa minuman keras yang belum dibayar cukai boleh terlepas begitu sahaja tanpa diperiksa. Jikau boleh, pihak atasan Kastam dan Suruhanjaya Pencegahan Rasuah Malaysia, cubalah pantau kegiatan haram pegawai Kastam yang bertugas di Sindumin.

Saya bukan berniat untuk menabur fitnah, tetapi kenyataannya ramai yang boleh tampil menjadi saksi kecurangan Kastam di Sindumin sehingga minuman keras dan rokok yang tidak dibayar cukai bebas di seludup masuk ke Sabah.

Salam Kecewa.

KAKITANGAN IMIGRESEN

No comments:

Post a Comment