Tuesday 11 January 2011

MANA TITIAN KONKRIT UNTUK WESTON?



Saudara Pengarang,

PADA 18 Jun 2010, Ketua Menteri Sabah Datuk Seri Musa Haji Aman meluluskan peruntukan serta-merta RM3.5 juta untuk membina jambatan konkrit sepanjang 2,920 meter di seluruh kampung Pekan Weston.

“Saya meluluskan peruntukan ini sebagai penghargaan kepada penduduk Weston kerana terus berdiri teguh dan menjadi penyokong kuat kepada kerajaan BN,” kata Ketua Menteri yang telah mengadakan lawatan ke Weston dengan menaiki helikopter dan melawat sekitar perkampungan kami.

Beliau telah mengumumkan untuk menggantikan titian kayu kepada konkrit untuk penduduk di perkampungan di Weston, namun kini setelah lebih enam bulan berlalu, tidak ada tanda-tanda titian tersebut akan diganti.

Berita ini tentang lawatan ini diterbitkan di akhbar tempatan. Kami tidak menyalahkan Ketua Menteri kerana beliau sibuk, namun agak kesal dengan Pegawai Daerah yang tidak mengambil berat janji yang telah dibuat Ketua Menteri. Mohon jasa baik tuan untuk mengetengahkan perkara ini kembali.

Salam Hormat,

AWANG ANAK NELAYAN

No comments:

Post a Comment