Saturday 8 January 2011

MASIH ADA YANG PEDULI DI HOSPITAL LAHAD DATU.



Saudara Pengarang,

TERTARIK dengan artikel ‘Hospital Lahad Datu Atau Neraka?’ bertarikh 12 November 2010, di sini saya terpanggil untuk menceritakan pengalaman saya selama mengiringi ibu saya setiap minggu ke sana untuk mengikuti rawatan fisioterapi di hospital tersebut setiap minggu.

Hampir 4 tahun ibu saya mendapatkan rawatan terapi bagi masalah ‘stroke’ yang dihadapinya. Selama itu, dalam pemerhatian saya, kakitangan yang bertugas di unit tersebut, amatlah mesra.

Setiap pesakit yang datang dilayan dengan penuh rasa tanggungjawab dan hormat di samping cara berkerja yang cukup profesional. Dapat saya perhatikan, dari kakitangan bawahan, hinggalah ketua di unit tersebut telah menunjukkan sikap kerja yang amat baik dan hubungan antara kakitangan dan pesakit adalah akrab termasuklah ibu saya sendiri.

Jadi di sini bukan niat saya untuk menyanggah kenyataan pengadu dalam artikel ‘Hospital Lahad Datu Atau Neraka?’ terdahulu atau membela kakitangan Hospital Lahad Datu, cuma sekadar ingin berkongsi pengalaman semasa menemani ibu saya ke sana.

Bagi pendapat saya, kalau benar ada kakitangan yang bermasaalah, mungkin hanya cuma segelintir atau dalam hal ini ianya sekadar salah faham.

Kesimpulannya di sini, ingin saya nyatakan bahawa perkhidmatan yang diberikan di Hospital Lahad Datu tidaklah secara keseluruhannya mengecewakan, masih ada kakitangan yang menjalankan tugas dan tanggungjawab mereka dengan penuh dedikasi dan amanah.

Di samping itu kita sebagai pesakit harus memahami keadaan beban tugas yang di pikul oleh kakitangan yang bertugas di hospital tersebut.

Salam Hormat,

PUTERA MERDEKA

No comments:

Post a Comment