Sunday 16 January 2011

PAS BATU SAPI TERUS TABUR BAKTI



Oleh: MEDIA PAS

PAS Kawasan P.185 Batu Sapi terus berusaha membantu masyarakat sekitarnya menyelesaikan masalah yang berkaitan dengan keperluan dan kepentingan seharian mereka.

Beberapa buah rumah yang dikategorikan sebagai setinggan di kawasan Kg. Lupak Meluas, yang bakal dirobohkan kerana terlibat dengan projek pembesaran jalan Bokara-Batu Sapi, telah berjaya mendapat pampasan daripada pihak kontraktor dan juga daripada Jabatan Tanah dan Ukur, Sandakan.

Usaha yang dilakukan oleh Yang Di Pertua PAS Batu Sapi, Hj. Hamzah Abdullah, telah membuahkan hasil apabila pihak kontraktor membayar saguhati berjumlah RM5,000 kepada setiap pemilik rumah sementara jumlah pampasan daripada Jabatan Tanah dan Ukur berbeza mengikut saiz dan jenis rumah sehingga mencecah angka RM25,000.

Pada awalnya, pihak Majlis Perbandaran Sandakan telah mengarahkan rumah-rumah tersebut dirobohkan tanpa gantirugi. Tetapi, Alhamdulillah, dengan bantahan yang dikemukakan oleh PAS Batu Sapi, akhirnya para pemilik rumah mendapat gantirugi tersebut.

Kelihatan dalam gambar Hamzah Abdullah, PAS Batu Sapi diperlihatkan surat pengesahan bayaran gantirugi daripada Jabatan Tanah dan Ukur daripada salah seorang pemilik rumah, Hamid dan isteri beliau Hajjah Anisah.

No comments:

Post a Comment