Friday 21 January 2011

PEMIMPIN TENOM SAMBUT BAIK RM10.72 BILLION



Oleh: MAIL MATHEW

BEBERAPA pemimpin di kawasan Pedalaman termasuk pembangkang di Parlimen Tenom, menyambut baik pengumuman peruntukan sejumlah RM10.72 billion oleh Ketua Menteri Sabah, Datuk Seri Musa Aman pada rabu untuk menjana pelaksanaan 424 projek baru dalam RMK-10 di Sabah.

Pemimpin pembangkang di sini turut menekan agar peruntukan sejumlah itu menepati sasaran tepat sambil mengharapkan agar ia memberi keutamaan berkonsepkan slogan mendahulukan rakyat seperti penambaikan infrastruktur jalanraya, taliair untuk pesawah dan klinik-klinik kesihatan luar bandar.

Ketua Bahagian Liberal Democratic Party (LDP) Tenom, Kapitan Ng Tet Hau mengharapkan agar dalam senarai 424 projek baru yang bakal dilaksanakan itu akan melibatkan projek menaiktaraf destinasi pelancongan di daerah Tenom supaya kedatangan pelancong bertambah ramai selain pengwujudan pakej-pakej pelancongan yang tersusun dan menarik.

“Kedatangan pelancong di sini amat minima dan itu pun mereka (pelancong) tidak bermalam di sini kerana tiada aktiviti yang menarik untuk diserapkan di dalam pakej mereka,” jelas Kapitan.

“Pekan Tenom bertambah sunyi lebih lebih lagi waktu malam. Para peniaga tiada pendapatan lebih terutama sekali pengusaha pengusaha hotel. We almost get zero every month,” tambahnya lagi.

Kapitan Ng yang baru dilantik sebagai Ahli Majlis Tertinggi LDP Pusat seterusnya menegaskan bahawa ekonomi di sini perlu dibangunkan secara serius yang perlu menfokuskan kepada pembangunan sektor pelancongan dan sektor pembuatan khususnya kraftangan.

Tegasnya lagi, kedua-dua sektor tersebut jika dibangunkan akan menjadi kerangka yang lebih kondusif kepada anjakan eko-pelancongan di sini dan seterusnya salah satu asas untuk mengapungkan ekonomi di daerah ini yang seakan-akan menjunam terus ke bawah.

Manakala Naib Presiden Parti Maju Sabah, (SAPP) Jimmy Jawatah selain mengalu- alukan peruntukan tersebut, beliau meminta kerajaan khususnya Ketua Menteri Sabah supaya tidak terlepas pandang sekali lagi untuk menyiapkan sepenuhnya projek menaiktaraf landasan keretapi antara Tenom ke Beaufort yang sudah tergendala hampir 5 tahun lalu.

Tegas Jimmy lagi, beliau khuatir rakyat akan terus mengalami penderitaan selama 5 tahun lagi jika projek tersebut gagal disiapkan di dalam RMK-10 kerana merangkumi peruntukan sejumlah RM10.72 billion yang bakal dilaksanakan tahun ini (2011).

“Kita mahu landasan ini disiapkan lebih awal sebelum kalendar melawat Malaysia dalam bulan Mei akan datang ini. Tetapi dalam keadaan sebegitu rupa macam mana boleh siap. (Jadi) lebih baik kerajaan memikirkan sahaja kebajikan rakyat yang mengharapkan perkhidmatan keretapi di sepanjang jalan raya antara Rayoh dan Pangi seterusnya ke Tenom,” tegas Jimmy yang memaklumkan bahawa rakyat terpaksa berjalan kaki berkilometer jauhnya sambil memikul hasil pertanian mereka seperti getah, padi dan kopi untuk di pasarkan ke bandar.

Dalam pada itu, Jimmy turut mengulas satu laporan akhbar tempatan (DE) keluaran 5 Januari 2011 yang bertajuk ‘Rail Disappointment’ yang menceritakan keperitan 20 ahli Persatuan Pengembara Labuan yang dipaparkan dalam laporan itu antara lain berkata, “Our rafting experience turn into a walking expedition instead, no thanks to Sabah Railway,” said Yunus.

Most of them felt ‘The last train of Borneo experience’ deserved an award for being Sabah’s most disappointing tourism product.

No comments:

Post a Comment