Tuesday 4 January 2011

PENGKHIANAT JADI PENGERUSI MPN SABAH?



Saudara Pengarang,

SELEPAS pilihanraya umum kesebelas, Hj. Ansari Abdullah telah membawa Ahmad Thamrin Jaini ke Kuala Lumpur untuk bertemu dengan Dato’ Seri Anwar, Dato Seri Wan Azizah dan Ustaz Badrul Amin dengan tujuan membawa masuk Thamrin ke dalam PKR.

Sejak penyertaannya ke dalam PKR Sabah, ‘makhluk’ bernama Ahmad Thamrin Jaini amat mencurigakan. Ketika Hj. Ansari menjadi Ketua Perhubungan PKR Sabah, Datuk Seri Anwar telah meminta Hj. Ansari untuk melantik Thamrin sebagai Setiausaha sementara.

Thamrin telah menelefon Hj. Ansari dan meminta dirinya dilantik sebagai Setiausaha secara tetap. Atas rasa hormat pada Anwar dan menganggap Thamrin sebagai sahabat, Hj. Ansari akur dengan permintaan tersebut dan melantik Thamrin sebagai Setiausaha PKR Sabah.

Sekitar masa itu juga wujud pergeseran antara Dr. Jeffry dan Hj. Ansari atas sebab tindakan-tindakan Dr.Jeffrey yang sering mengenepikan MPN dan membuat keputusan-keputusan yang memudaratkan parti.

Thamrin selalu dilihat menghadiri perjumpaan-perjumpaan yang dianjurkan Dr. Jeffrey dan bila ditanya, alasan yang diberi beliau ialah, ‘saya tetap menyokong Hj. Ansari dan hadir pada majlis anjuran Dr. Jeffrey hanya sebagai pengintip’.

Pada Jun 2008, Hj. Ansari telah meletakkan jawatan sebagai PPN negeri Sabah setelah Dr. Jeffrey berjaya menggunakan Biro Politik PKR untuk menyingkirkan Dr. Edwin bosi dari jawatan Ketua Penerangan.

Bagaimanapun perletakan jawatan Hj Ansari ditolak Anwar dan Hj Ansari kekal sebagai PPN sehingga penggalnya tamat pada disember 2008. Hj Ansari tolak perlantikan semula dan Anwar telah membuat keputusan untuk memangku sendiri jawatan PPN dan kemudiannya jawatan itu diserahkan kepada Azmin Ali untuk sementara waktu.

Ketika inilah belang sebenar Thamrin mula kelihatan. Walaupun melahirkan sokongan terbuka kepada Azmin, namun dalam perjumpaan-perjumpaan di rumah Dr. Jeffrey, Thamrin adalah orang yang paling lantang menghentam Azmin.

Ketika Dr. Jeffrey mengumpul tandatangan untuk membuat usul undi tidak percaya terhadap Azmin, Thamrin menjadi orang pertama untuk menandatangan usul tersebut!

Bila sampai masa untuk serahkan kembali jawatan PPN kepada anak tempatan, Hj. Ansari telah meminta sahabat-sahabat beliau untuk memberikan sokongan kepada Thamrin untuk diangkat jadi PPN walaupun diketahui ketika itu beliau hanya mendapat sokongan dari 4 cabang.

Setelah berjaya menjadi PPN dengan bantuan Hj Ansari, tindakan pertama Thamrin ialah melantik ‘orang buangan dan sampah sarap’ seperti Kalakau Untol, Edward Linggu dan Richard Jayasuria ke dalam MPN Sabah untuk menikam Hj. Ansari dari belakang. Hebat cara Thamrin membalas budi!

Dalam hal perlantikan ahli-ahli MPN, Thamrin juga adalah jaguh yang berjaya mengkhianat perlembagaan parti. Nama-nama yang diluluskan oleh MPN dan MPP sebagaimana dikehendaki perlembagaan parti telah ditong sampahkan. Sebaliknya badut-badut peliharaannya serta oportunis-oportunis politik lain pula dinamakan sebagai ahli MPN.

Dalam kes Parti Cinta Sabah pula, pengkhianat ini tidak pernah mengemukakan sebarang laporan bertulis kepada ibu pejabat dan sering berdolak-dalik apabila masalah ini dibangkitkan di MPP.

Bagaimana mungkin beliau mampu buat laporan sedangkan yang terlibat semuanya adalah sahabat-sahabat akrab beliau di ‘Sokid Villa’. Masalah ini hanya dapat diselesaikan bila beberapa Ketua Cabang atas inisiatif sendiri membuat laporan ke Ibu Pejabat dan Jawatankuasa Disiplin Parti.

Pengkhianatan Thamrin kepada PKR berterusan dalam kes pilihanraya kecil Batu Sapi. Dalam mesyuarat MPN yang dipengerusikan sendiri oleh Thamrin, telah dibuat keputusan bahawa pemilihan calon diserahkan kepada Cabang Batu Sapi sendiri.

Mesyuarat MPN juga memutuskan bahawa Thamrin, Hj. Ansari, Datuk Kong Hong Ming, Christina Liew dan Hassanar Ebrahim akan mewakili PKR Sabah untuk berunding dengan Pakatan Rakyat. Apabila tiba masa untuk berunding dengan pemimpin ‘Pakatan Rakyat’, nama Hassanar Ebrahim digugurkan tanpa pengetahuan sesiapa dan nama Dr.Jeffrey dan Kalakau Untol pula dimasukan sebagai wakil PKR, juga tanpa pengetahuan MPN.

Melaksanakan amanat MPN, Cabang Batu Sapi telah menamakan tiga orang calon untuk dipertimbangkan oleh MPN dan pimpinan pusat. Sekali lagi Thamrin menunjukkan sifat pengkhianatnya dengan melobi untuk diri sendiri menjadi calon.

Beranikah Thamrin menafikan bahawa beliau pernah berjumpa dengan pimpinan PAS untuk mendapatkan sokongan menjadi calon dan permintaan beliau dibantah keras pimpinan PAS yang mahukan HJ. Ansari sebagai calon?

Beranikah Thamrin menafikan bahawa dia telah melantik badut-badut peliharaan dia seperti Mursalim dan Jalumin untuk membuat kecoh ketika Anwar sedang pengerusikan mesyuarat untuk umumkan calon Batu Sapi?

Setelah Hj. Ansari disahkan sebagai calon, pengkhianat ini telah bersetuju untuk dilantik sebagai pengarah pilihanraya. Sebagai pengarah pilihan raya, Thamrin telah membuat apa yang paling cekap dia boleh buat, iaitu mengkhianat calon dan parti yang dia sendiri jadi pengerusi. Sesungguhnya Thamrin berjaya mencipta rekod sebagai manusia tunggal dalam dunia yang berjaya mengkhianat calon parti yang dia sendiri jadi Pengerusi!

Salah seorang badut peliharaannya bernama Mursalim telah mengisytiharkan dirinya keluar parti. Saya jamin pengkhianat parti bernama Thamrin ini tidak akan maklumkan kepada ibu pejabat tentang tindakan badut Mursalim ini kerana tanpa badut-badut seperi ini, politik khianat Thamrin akan mati di tengah jalan.

Baru-baru ini juga, Thamrin melalui penulis upahannya telah membuat pengisytiharan bahawa dia telah mendapat sokongan bertulis dari 18 ketua cabang dan sokongan lisan dari tiga lagi Ketua Cabang. Saya cabar pengkhianat parti ini untuk mendedahkan nama-nama kesemua 21 Ketua Cabang yang kononnya memberikan sokongan kepada dia untuk jadi PPN sekali lagi! Saya yakin cabaran ini tidak akan disambut kerana pengkhianat ini sendiri tahu bahawa pengisytiharan tersebut adalah satu lagi tindakan khianat dan pembohong dia.

Melihat kepada perjalanan politik ‘Makhluk’ bernama Thamrin ini, kita hanya boleh membuat satu kesimpulan. Makhluk ini bukan sahaja seorang pengkhianat bersiri, dia juga adalah seorang pembohong bersiri!

Adalah sesuatu yang malang sekiranya manusia jenis terus diberi kepercayaan untuk memimpin PKR Sabah!

Salam Perjuangan,

TAAT SETIA

No comments:

Post a Comment