Sunday 23 January 2011

PENIMBAWAN BUKTI KEIKHLASAN BN



TURUN PADANG………Wilfred (lima dari kanan) mengabdikan album kenangan dengan penduduk Kampung Penimbawan ketika mengadakan lawatan ke kampung tersebut.

Oleh: ISMAIL MOHD ROSLI

AHLI Parlimen Malaysia (Tuaran), Datuk Seri Panglima Wilfred Mojilip Bumburing telah mengadakan lawatan ke tapak projek penyusunan semula Kampung Penimbawan, Tuaran, dekat sini, baru-baru ini.

Dalam lawatan kerja selama 4 jam itu, Wilfred turut meluangkan masa melawat SK. Penimbawan selain mengambil kesempatan mendengar permasalahan yang dihadapi oleh penduduk di kampung itu.

Wilfred ketika ditemui media selepas majlis itu berkata, kerajaan Barisan Nasional sentiasa berusaha menaik taraf kehidupan rakyat samada di bandar mahupun yang tinggal di kawasan luar bandar.

Katanya, ini dapat dilihat sendiri oleh rakyat sebagai contoh di Kampung Penimbawan yang sedang mengalami perubahan kemajuan dengan projek penyusunan semula Kampung Penimbawan di daerah Tuaran.

“Kerajaan yang ada sekarang merupakan sebuah kerajaan yang prihatin dengan permasalahan rakyat, Barisan Nasional dari semasa ke semasa sentiasa berusaha membawa pembangunan untuk rakyat tidak terkecuali penduduk kampung yang tinggal di kawasan luar bandar.

“Justeru itu, tidak ada sebab mengapa rakyat harus mudah terpedaya dengan dakyah pembangkang yang mendakwa bahawa kerajaan yang ada sekarang tidak mengutamakan rakyat, kita mempunyai rekod yang baik dalam memberi perkhidmatan kepada rakyat dibandingkan dengan pembangkang yang hanya pandai memburuk-burukkan kerajaan yang ada sekarang,” jelasnya lagi.

Hadir sama pada sesi lawatan itu antaranya, Ketua Pejabat Ahli Parlimen Tuaran, Enson Engkuno; Setiausaha Ahli Parlimen Tuaran, Denis Dimpas; Pegawai Perhubungan Ahli Parlimen Kawasan Sulaman, Sabli Nosi; Guru Besar SK Penimbawan Tuaran, Rahman Awang; Ahli Jawatankuasa Pemuda Umno Tuaran, Norseh Sepolo dan Pengerusi JKKK Kampung Penimbawan, Tuaran.

No comments:

Post a Comment