Wednesday 5 January 2011

PKR SABAH, MAJORITI Vs MINORITI


Imej ini disediakan Penulis sendiri.


Oleh : ABDUL KARIM AMMAD

SAYA sangat sedih dan hampa dengan kenyataan yang dilaporkan dalam SABAHKINI.NET oleh seorang ‘Pencacai Najis Politik’ bernama TAAT SETIA dalam ruangan tulisannya pada 4 Januari 2011 dengan Tajuk, ‘Pengkhianat Jadi Pengerusi Mpn Sabah?’.

Andaikata tulisan ini ditulis oleh Ahli PKR Sabah, maka saya syorkan orang itu supaya dipecat, diharamkan dari menyertai Parti yang menjadi harapan baru Rakyat Malaysia, khasnya Rakyat Sabah yang inginkan perubahan pada PRU13 nanti.

Kepada PKR Pusat dan Negeri mohon ambil tindakan tegas terhadap orang seperti ini, kerana parti tidak memerlukan politik ‘Pencacai Najis’ ini berada dalam golongan perubahan rakyat dan hanya ingin merosakkan harapan rakyat.

Tidak mungkin kita dapat seorang pemimpin yang baik, kalau masih ada najis-najis kotor dalam PKR Sabah pada bila bila masa pun dan pergolakan seperti ini sepatutnya tidak terjadi dalam PKR Sabah. Penyokong Ansari sepatutnya boleh kawal perasaan mereka dan jangan mengaibkan kepimpinan Parti sehingga parti itu sendiri menerima padahnya kerana nafsu haloba mereka ini.

Bagi kami PKR Cabang Semporna, kami telah sepakat dengan pendirian bahawa kami akan terus menyokong kumpulan majoriti di kalangan ketua cabang di Sabah ini iaitu Ahmad Tamrin Haji Jaini.

Setelah berbincang dengan rakan-rakan dari PKR Cabang Pantai Timur (Residensi Tawau) hari ini Cabang Semporna, Cabang Kalabakan, Cabang Tawau dan Cabang Silam yang mewakili 12 Dun (11 Bumiputera Isalam dan 1 China) kami terus dengan pendirian kami bahawa Tamrin adalah mewakili Kumpulan Majoriti PKR Sabah.

Kenyataan hari ini oleh Ketua Cabang Marudu, Anthony Madiau adalah satu pembohongan besar daripada kem Ansari Abdullah yang hanya mendapat sokongan 3 Cabang iaitu Marudu, Ranau dan Libaran, dakwaan 15 Cabang menyokong Ansari adalah satu pembohongan besar kepada laporan Media dan warga PKR Sabah.

Laporan perletakan Jawatan Dr. Jeffrey Kitingan 5 Januari 2011 yang dikaitkan dengan kegagalan Tamrin adalah tidak berasas sama sekali kerana rancangan Jeffrey letak jawatan telah diatur sekian lama, sejak Ansari memimpin MPN Negeri Sabah dan semua ini adalah berpunca dari Ansari sendiri yang gagal memimpin PKR Sabah pada PRU12 sehingga meninggal kesan kepada PKR Sabah bahawa PKR Sabah dapat ‘Telur’.

Kenyataan demi kenyataan dari kumpulan Penyokong Ansari yang mengaibkan kegagalan Tamrin hanyalah satu episod yang ingin menutup kegagalan sendiri di Sabah, memimpin PKR Sabah dan kegagalan pada pilihanraya kecil Batu Sapi tahun lalu.

Ansari sepatutnya akur bahawa beliau gagal secara berkumpulan dan secara peribadi memimpin PKR Sabah jika 4 ketua cabang ini boleh kucar kacirkan PKR Sabah maka akhirnya kumpulan Majoriti PKR Sabah yang mewakil 90% akan menghadapi kehancuran pada PRU13.

Apa pun esok Mesyuarat MPN Sabah akan menentukan sama ada benar bahawa 15 Cabang dakwaan Anthony Mandiau ini benar atau dia telah berbohong dalam laporan akbar yang diterbitkan hari ini 5 Januari 2011.

PKR Cabang Semporna yang akan diwakili oleh Ketuanya, Piramli Barahim akan bertolak petang ini ke ibu negeri bagi membawa mesaj jelas dan terang pendirian Cabang Semporna yang akan berdiri teguh menyokong kumpulan Majoriti bahawa Ahmad Tamrin Jaini hendaklah dipilih sebagai Pengerusi MPN PKR Sabah.

PKR Semporna tidak akan bertolak ansur dengan soal angka bahawa majoriti mesti memimpin minoriti dalam sesebuah organisasi bagi kelancaran perjuangan Parti PKR Negeri Sabah.

No comments:

Post a Comment