Wednesday 19 January 2011

PM HARUS PROFESIONAL TANGANI ISU DEBAT



Saudara Pengarang,

KETUA Umum PKR Dato’ Seri Anwar Ibrahim hanya mengajak Perdana Menteri Malaysia berdebat mengenai isu berkaitan 10 Agenda utama untuk rakyat dan negara ini dalam tempoh 100 hari sekiranya Pakatan Rakyat diberi mandat mentadbir Putrajaya.

Debat itu juga kata Anwar akan memberi manfaat kepada rakyat dalam konteks memberikan maklumat yang tepat mengenai pembaziran kerajaan UMNO/BN yang mencecah angka melebihi RM50 bilion berbanding hanya RM19 bilion yang akan digunakan oleh PR bagi memenuhi agenda 100 hari Pakatan Rakyat mentadbir Putrajaya.

Tetapi sebaliknya, Perdana Menteri, Dato’ Seri Mohd Najib pula mencipta pelbagai alasan untuk menolak cabaran debat oleh Anwar dan menyimpang terlalu jauh dengan mengaitkan isu-isu peribadi yang tiada kena mengena dengan tajuk debat.

Kenapalah Najib menunjukkan sikap tidak profesionalnya dalam menangani isu ini? Tidakkah beliau malu melihat pemimpin di negara barat yang lebih bertamaddun dalam tindakan mereka untuk mengambil alih kerajaan dan mengekalkan kuasa?

Tidak ada pun kita dengar Gordon Brown, mantan PM Great Britain, mencaci dan menghina peribadi David Cameron, pemimpin Conservative yang telah menumbangkan kerajaan Labour pimpinan Gordon Brown.

Begitu juga dengan John Howard, mantan Perdana Menteri Australia yang telah dikalahkan oleh Kevin Rudd. Tidak pula kita mendengar John Howard menghina dan mencaci Kevin Rudd atau mengarahkan polis atau Peguam Negara mencipta pelbagai fitnah dan tuduhan ke atas beliau bagi membolehkan beliau ditangkap dan dilebamkan mata!

Malulah dengan mereka wahai pemimpin UMNO/BN dan janganlah mengamalkan pendekatan Machiavelli yang akan meruntuhkan nilai moral sehingga kehilangan harga diri sehingga rakyat menggantikan pemimpin yang sedia ada dengan pemimpin yang punya maruah dan harga diri; yang tidak memakan harta rakyat dan tidak mengkhianati negara!

Salam Hormat,

IBN ABDULLAH

No comments:

Post a Comment