Tuesday 11 January 2011

PPR TERBAKAR, MANGSA DIMINTA BERSABAR



BINCANG….Kelihatan Masiung sedang membincangkan sesuatu dengan pegawai Jabatan Perkhidmatan Kebajikan Am di tapak tragedi sebelum menyampaikan bantuan kepada mangsa.

Oleh: SHAIMON S JUMADI

SEBUAH rumah yang dibina pada tahun 2008 di bawah Program Perumahan Rakyat (PPR) di Kampung Sogo-Sogo dalam daerah Tongod musnah dijilat api dalam satu tragedi kebakaran pada 8 Januari lalu.

Menurut tuan punya rumah, Pius Saudah, 26 memberitahu kepada Wartawan Sabahkini semasa kejadian tersebut yang berlaku pada jam 7.30 malam mereka sekeluarga tidak ada di rumah kerana pergi ke rumah bapa mereka yang tidak jauh daripada situ.

Katanya, tiada satu barangpun yang ada di dalam rumah tersebut dapat diselamatkan dan kerugian yang ditafsirkan ialah lebih RM33,000 termasuk kos pembinaan rumah tersebut.

Ahli Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah yang dimaklumkan mengenai insiden itu bergegas ke kampung tersebut untuk menemui mangsa tersebut sambil menghulurkan bantuan wang tunai RM500, barang-barang makanan, peralatan dapur dan 30 keping zink kepada mangsa tersebut.

Beliau simpati terhadap kejadian itu dan diharap mereka bersabar menghadapi sebarang musibah yang datang di luar jangkaan dan menganggapnya sebagai satu ujian Tuhan.

Sementara Jabatan Kebajikan Masyarakat Tongod yang juga sempat melawat ketempat insiden tersebut yang diketuai oleh Pegawainya Puan Nuslindah KK Imbaran menjelaskan, pihaknya telah meluluskan bantuan setiap bulan kepada 3 orang anak mangsa kebakaran berkenaan sebanyak RM450.00 dan semua pembayaran dibayar melalui akaun bank Simpanan Nasional (BSN).

“Saya meminta kerjasama kedua ibu bapa mereka supaya anak-anaknya dikehendaki membuka akaun di BSN ini untuk memudahkan pihak Jabatan kami menjelaskan bantuan setiap bulan dimasukan ke akaun mereka” ujarnya.

Selain meluluskan bantuan bulanan tersebut, pihaknya juga memberi bantuan barang-barang keperluan seperti barang-barang makanan dan juga peralatan untuk meringankan sedikit beban yang ditanggung oleh mangsa kebakaran berkenaan.

No comments:

Post a Comment