Sunday 30 January 2011

SEKOLAH AGAMA KERUGIAN RM15,000 AKIBAT BANJIR




BANJIR…..Hajjah Syaperia dan Hamid memeriksa kawasan masjid yang dilanda banjir

Oleh: SHAIMON S JUMADI

HUJAN lebat yang berpanjangan selama 24 jam di beberapa kawasan rendah di taman-taman perumahan seperti Taman Raja Wali, Taman Merpati, Taman Mawar, Bandar Maju, Pekan BDC dan kawasan pusat Bandar Sandakan telah dibanjiri air lumpur semalam.

Selain itu, kejadian tanah runtuh dan pokok tumbang juga berlaku di beberapa tempat di antara KM 2 Jalan Utara. Ekoran insiden ini, jalan raya jadi sesak oleh deretan kenderaan yang menunggu kerja-keja pembersihan tersebut.

Masjid Muraqabah dan Sekolah Agama Rakyat (SAR) KAFA yang berhampiran dengan masjid tersebut turut dinaiki air sedalam 5 kaki.

Wartawan Kanan Sabahkini.Net yang dihubungi oleh Pengerusi Pembangunan Masjid Muraqabah, Hamid Darwis telah pergi ke tempat kejadian untuk mengambil gambar.

Menurut Hamid, kira-kira 1.pagi dari kawasan pekan BDC hinggalah ke kawasan sekeliling bangunan masjid dan sekolah tersebut sudah naiki air sedalam 5 kaki dan mereka tidak sempat untuk menyelamatkan harta benda milik masjid dan sekolah berkenaan kerana arus air terlalu deras.

Guru Besar SAR KAFA, Hajjah Syaperia Hj Abdul Rahim ketika ditemui menyatakan ekoran banjir yang melanda sekolah berkenaan, beberapa peralatan dan perkakas sekolah itu telah rosak antaranya membabitkan 3 buah Komputer, Wifi, peti sejuk dan banyak lagi. Kerugian dianggarkan lebih kurang RM15,000.

Syaperia dan Hamid yang mewakili Masjid dan sekolah berkenaan meraru kepada wakil rakyat kawasan Elopura dan Ahli Parlimen Sandakan agar dapat membantu bagi mendapatkan semula komputer dan peralatan yan g rosak akibat terendam air semasa banjir itu berlaku.

No comments:

Post a Comment