Monday 17 January 2011

SETIAUSAHA PERSEKUTUAN TIDUR DI SIANG HARI?



Saudara Pengarang,

PEMBUKAAN Kompleks Pentadbiran Kerajaan Persekutuan di Mini Putrajaya di Teluk Likas bukan sahaja menyusahkan orang awam untuk berurusan kerana terletak jauh daripada Pusat Bandar, malah mencemarkan imej Kerajaan Persekutuan kerana terlalu banyak ‘Hanky Panky’ berlaku.

Sejak siap dibina, jubin dinding kompleks berkenaan terkopek dan membahayakan orang ramai sehingga dibina semula dengan menggunakan kaedah lain; menunjukkan Setiausaha Persekutuan cuba untuk menyorok segala kepincangan kerajaan dalam penganugerahan kontrak secara ‘rasuah’.

Kini, keadaan semakin bercelaru kerana Pusat Pentadbiran Persekutuan seperti Pasar Rakyat kerana orang perseorangan menyediakan khidmat mengisi borang, bergambar dan menawarkan perkhidmatan menanya ke sana ke mari; menjadi agen mengurus itu dan ini dengan memaksa pelanggan secara tidak sopan.

Mereka ini sangat mengganggu pemandangan dan mencalar imej pentadbiran terutama kepada pelanggan, tetamu dan juga pelancong. Jesteru itu sebagai pelanggan yang sering berurusan kami meminta jasa baik Setiausaha Persekutuan Sabah agar tidak tidur di siang hari dengan menyelesaikan isu ini agar persekitaran lebih kemas dan rapi dengan kerjasama erat Pengarahg Jabatan Pendaftaran Negara dan Pengarah Jabatan Imigresen Sabah serta Penyelia Bangunan berkenaan.

Salam Hormat,

ANTI KECELARUAN

4 comments:

  1. Saya bersetuju dengan 'ANTI KECELARUAN'. Biarpun hanya sesekali berkunjung ke sini memang nampak dengan jelas tindak-tanduk 'broker' kakilima yang senentiasa berkeliaran menghulur bakti berbayar. Apa yang menyakitkan mata mereka, cara mereka. Lihatlah sendiri. Tiadakah tindakan pihak bertanggonjawab keatas semua ini?

    ReplyDelete
  2. Saya setuju. Tapi mana ada pilihan kalau mau ambil gambar pasport. Pegawai migresen pun suruh kita ambil gmbar situ. Dorang yang kasi gaji mamat pulau gaya tu. Bisnes gambar tu dorang share share.
    Maklumlah gaji kecil. Camana mau survive?

    Yang jubin jatuh tu, sebab design and build main contractor nya (panji keagungan berhad) silap construct.
    Sebab mau untung lebih Dorang pakai jubin palit dengan simen saja.
    Secara teknikal untuk aras yang rendah Boleh lah nak pakai wall tiles. Tapi untuk 6 tingkat mana boleh.
    Sepatutnya konsultan yang berpengalaman patut luluskan marble with wall stud (sebab berat kenalah pakai Studkan?)
    Ataupun aluminium clad yang ringan sesuai dengan ketinggian 6 tingkat.
    Tapi si maaruf zakaria( bos panji) tu mau bayar banyak duit undertable. Tu yang decide pakai wall tiles tu.murah!
    Akhirnya terkupas semua tiles tu. Sampai sekarangg belum selesai lagi masalah ni.
    Meanwhile tuan maaruf kita sudah buka hotel empirial hotel di warisan square kk. dah kaya. Shukur alhmdulil
    lah.
    Konsultan yang tersilap approve tu pun suda kaya. Even subcon pasang tiles pun sudah kaya Dan lobi projek sendiri.
    Maka tinggal lah bangunan mini putera jaya tu. Didudukioleh setiausaha persekutuan yang sakit kepala.
    Haahahahhahaahah..

    ReplyDelete
  3. Padan muka mau sangat kontraktor kroni, sekarang terimalah hasil kerja yang orang sini bilang asal siap, tapi, pastinya yang senyum kerja-kerja pembaikan pasti ada jadi adalah duit kocek lagi ?

    ReplyDelete
  4. Hahahaha....semua duit tax saya pigi sana kah?...rugi betul saya bayar tiap bulan..susah-susah sia kerja (kena marah bos, kena explaination dr management, kena tengking customer, kerja hujung minggu,) last-last buang duit pigi beli jubin murah dan tidak berkualiti..Apalah ni mo ambil gambar passport pun pakai orang yg guna passport kah..atau mykad palsu...

    ReplyDelete