Saturday 15 January 2011

SIAPA DALANG 3 GANGSTER?



Oleh: HJ BAKIR & CO

SYABAS kepada Pasukan Marine Operation Force yang diketuai oleh Inspektor Mohd.Noor kerana berjaya menangkap sebuah bot menyeludup rokok di Pulau Balambangan, Kudat dan Pasukan APMM atau Maritime Enforcement Agency yang menangkap penyeludupan keluar gula daripada Tawau.

Di sini kami minta Kedua Pasukan Popular berkenaan cuba menjalankan pemantauan penyeludupan diesel bersubsidi di Labuan yang dijual oleh kapal 'Supply Boat' yang disewa khas membawa bekalan kepada Shell dan Petronas.

Kegiatan ini telah beroperasi sejak berpuluh bertahun lalu tetapi tiada tangkapan oleh Kastam atau PMP Labuan. Penyeludupan beribu tan diesel bersubsidi dijual oleh kapal bekalan Petronas dan Shell setiap minggu yang amat merugikan.

Kerajaan melalui PMP dan APMM harus membanteras dan merampas kapal yg menjual dan yang membeli diesel bersubsidi. Tangkapan sebegini akan dianggap sebagai kejayaan terbesar dua agensi penting ini kerana jika didapati bersalah, kapal boleh lelong berjuta ringgit.

Apalah ertinya menangkat dan merampas bot kayu dan injin sangkut? Jangan ikut resmi Kastam yang hanya diajar menangkap ikan bilis di kaki lima untuk mengabui mata rakyat sahaja.

Penyeludup minuman keras terbesar di Sabah ialah Kelly atau 'Tauke Niu'. Surat Pegawai Kastam Pencen 100 peratus tepat kerana Utusan Trading (Agen Carlsberg) dan kini baru mengadakan usahasama dengan seorang Mafia penyeludupan minuman keras iaitu ‘Mr Ling’ atau lebih terkenal di Sabah sebagai 'Gemuk' atau 'Tua Pui'.

Beliau pernah mengadu bahawa seorang Pegawai kanan Polis di Kota Kinabalu berapa tahun lalu meminta rasuah daripada beliau dan pegawai tersebut telah dituduh oleh SPRM di Mahkamah Kota Kinabalu. Gemuk juga pernah dibuang daerah oleh pihak polis ke Tawau dan sekarang balik ke Kota Kinabalu.

Gemuk menjalankan perniagaannya secara ‘Low Profile’ kerana takut polis tahu kegiatannya dan bimbang pegawai polis yang dianiaya dan rakannya akan membalas dendam.

Penyeludup rokok terbesar Sabah ialah ‘Ah Hui’ bukan ‘Ah Fui’ yang dinyatakan dalam artikel 'Kastam Semakin Hebat Pungut Cukai'. Seorang lagi, bekas Pengarah Negeri Sabah ‘Mr Chua’ adalah dalang sebuah syarikat menjual rokok kretek.

Rakyat tahu sebenarnya Kastam pungut cukai masuk kocek sendiri bukan untuk negara. Jika APPM atau PMP menangkap minuman keras dan rokok haram di perairan Kudat dan Tawau, kenapa bukan di perairan Labuan. Adakah minuman dan rokok yang ditangkap itu daripada Labuan?

Buat apa bot penyeludupan membawa minuman keras dan rokok haram itu daripada Labuan ‘makan angin’ di perairan Kudat sebelum dibawa masuk ke Kota Kinabalu? Logikkah dakwaan mereka?

Sehubungan itu, sebagai pembayar cukai, kami menggesa Ketua Pengarah Kastam, Dato’ Khalid jangan membazir duit kerajaan hanya ‘pagar’ Labuan dan dalam masa yang sama ‘kroninya’ bebas membawa masuk ‘kontena haram’ ke Pelabuhan Sepanggar tanpa dijaga Kastam dan membiar kapal kargo Sarawak membuat ‘transhipmen’ keluar dari Pelabuhan Labuan ke Indonesia atau Filipina dan sebenarnya pusing ke Sarawak.

Semua ini kerja tidak betul dan sindiket ini semua merupakan kroni pihak atasan Ibu Pejabat Kastam. Minuman yang ditarik keluar dari Pelabuhan Sarawak akan guna lori bawa masuk ke Kota Kinabalu melalui Sindumin kerana Labuan sudah dipagar habis; sehingga Sarawak menjadi Pelabuhan Bebas Cukai!

Janganlah memperbodohkan rakyat kerana kami tahu semua minuman keras ialah daripada Labuan, jika ada tangkapanpun hanya ikan bilis sahaja. Insaflah Dato’ Khalid.

Di Sarawak lagi teruk kerana Kastam yang menjadi dalangnya? Sesiapa yang membawa masuk minuman keras mesti membayar ‘3 Kumpulan Gangster’ RM8. Jika ridak, pasti barang mereka akan dirampas Kastam. Kenapa?

Siapa yang bersubahat dengan ‘3 Kumpulan Gangster’? Kastam hanya tutup mata. MOU yang tidak bertulis, “Lu kutip lu punya, Gua kutip Gua punya”. Di mana Polis Sarawak? Apakah mereka turut terlibat sehingga ‘3 Kumpulan Gangster’ menjadi Polis dan Kastam sehingga Sarawak sudah menjadi ‘Duty Free’ seperti Langkawi.

Bukankah Ketua Pengarah Kastam orang Sarawak. Mustahil dia tidak tahu kegiatan haram ini? Beliau sudah kaya tetapi masih tidak puas hati dan takut pegawai dia lebih kaya? Jangan sampai title ‘Datuk’ pun kena gantung seperti ‘Khir Toyo’ kerana SPRM mula menyiasat semula kes Bintulu yang disiarkan oleh Sabahkini.net dua bulan yang lalu. Insaflah dan bertaubatlah Dato’ sebelum terlambat!

No comments:

Post a Comment