Tuesday 11 January 2011

SUDAH 18 BULAN BUMBUNG DEWAN TERBANG



TERBANG….Beginilah keadaan bumbung dewan yang telah diterbangkan angin kencang.

OLEH: SHAIMON S JUMADI

AHLI Dewan Undangan Negeri (ADUN) Kuamut, Masiung Banah mendesak Jabatan Kerja Raya Daerah Tongod atau Pejabat Daerah agar membaiki segera kerosakan Dewan Sebaguna yang terletak di Kampung Tongodon, Tongod yang sudah hampir satu setengah tahun dibiarkan begitu saja setelah atapnya diterbangkan angin.

Masiung berkata demikian semasa lawatan kerjanya ke kampung berkenaan setelah menerima aduan daripada penduduk kampung.

“Kita telah melaporkan isu ini kepada JKR dan Pejabat Daerah Tongod, tetapi saya kesal kerana mereka tidak mengambil sebarang tindakan walaupun sudah lebih satu setengah tahun daripada tarikh kejadian,” ujar Masiung yang menggesa agar pihak yang membina dewan berkenaan melaksanakan tanggung jawab sosial mereka.

Memandangkan Dewan Serbaguna amat diperlukan oleh masyarakat untuk menjalankan pelbagai kegiatan, maka Masiung mendesak agar pihak berkaitan mengambil tindakan proaktif membaik pulih kerosakan tersebut.

PERIKSA…Masiung bersama pegawai-pegawai kanannya sedang memeriksa ruang dalam dewan tersebut.

“Saya difahamkan kos pembinaan dewan tersebut pada tahun 2009 telah membabitkan peruntukan sebanyak RM150,000 tetapi pihak agensi pelaksana wajar menjalankan siasatan rapi apakah kejadian ini berpunca daripada kecuaian kontraktor atau bencana alam,” ujar Masiung yang memohon maaf kerana peruntukan Adunnya tidak mencukupi untuk membaik pulih kerosakan dewan tersebut.

No comments:

Post a Comment