Tuesday 25 January 2011

TASKA KG PANGANSANGAN MASIH BERSETINGGAN



GEMBIRA….Jailin (tengah) bersama ibubapa dan pelajar Taska Kg.Pagansangan.

Oleh: ROZIE JUMAT

BANGUNAN yang lebih selesa perlu disediakan kerajaan bagi memastikan pendidikan awal kanak-kanak yang lebih bersemangat. Aktivis Masyarakat, Jailin Lian berkata, sejajar dengan matlamat negara untuk melahirkan modal insan untuk masa depan negara, persekitaran pembelajaran awal kanak-kanak juga amat penting.

Beliau berkata demikian ketika menyampaikan sumbangan barangan dapur berupa tong gas dan dapur kepada Taman Asuhan Kanak-Kanak (Taska) Jabatan Kemajuan Masyarakat (KEMAS) di Kampung Pagansangan, Pensiangan.

Sumbangan peribadi beliau itu adalah untuk keperluan tabika kemas yang baru diwujudkan awal bulan yang lalu atas permintaan ibubapa pelajar tersebut.

Tabika Kemas Kg.Pagangsangan mempunyai 16 pelajar dengan seorang tenaga pengajar. Pada ketika ini menumpang di balai raya kampung berkenan.

Jailin yang juga mantan Ketua Bahagian Parti Bersatu Rakyat Sabah (PBRS) berkata, rakyat sememangnya amat mengalu-alukan penubuhan taska di kampung-kampung, dan di kawasan Bingkor sendiri mahu lebih banyak taska diwujudkan kerana ianya memberi manfaat kepada pendidikan awal kanak-kanak.

Beliau yakin kerajaan mempunyai perancangan untuk memberikan kemudahan yang lebih baik kepada pelajar taska di kampung di bawah kendalian Jabatan Kemajuan Masyarakat (Kemas).

Namun katanya, ibu bapa di kampung itu haruslah bersabar kerana apa yang penting pada masa ini ialah anak-anak mereka mendapat pendidikan yang sewajarnya di kawasan yang berhampiran.

No comments:

Post a Comment