Wednesday 12 January 2011

WANITA PENGSAN DILANGGAR KERETA SS 3438L



KELIHATAN…..Beberapa orang membantu mangsa masuk ke dalam kereta terbabit. Kereta inilah (SS3438L) yang melanggar mangsa berkenaan.

Oleh: KREW SABAHKINI.NET

LEBIH kurang jam 1.45 petang pada 10 Januari lalu di jalan raya Bandar Kim Fung, Km 7.8 Jalan Utara melibatkan seorang ibu berusia lingkungan 50-an yang sedang memimpin seorang cucu perempuannya yang baru balik dari sekolah telah dilanggar oleh sebuah kereta jenis Proton Wira bernombor SS 3438L .

Mangsa terhumban (terpelanting) ke atas pembahagi jalan tersebut dan tidak sedarkan diri. Secara kebetulan wartawan kanan Sabahkini.Net, Shaimon S Jumadi berada itu tempat tragedi lantas memanggil beberapa orang minta bantuan bagi mengangkat mangsa ke dalam kereta seorang perempuan Tiong Hua yang terbabit dalam insiden itu.

“Sebelum kereta bergerak ke hospital, saya telah mengingatkan kepada wanita yang melanggar mangsa itu supaya pergi ke Balai Polis yang berhampiran untuk membuat aduan mengenai insiden tersebut selepas menghantar mangsa ke hospital. Jika tidak saya yang akan membuat laporan,” jelas wartawan kanan terbabit.

Sabahkini.Net berharap agar Ketua Polis Trafik dan Ketenteraman Awam Sandakan memastikan wanita Tiong Hua terbabit telah membuat laporan polis dan membiayai kos rawatan mangsa yang dipercayai masih terlantar di hospital.

No comments:

Post a Comment