Tuesday 8 February 2011

AKJAN, HANYA LAYAK JADI RAJA PAKAU?



Saudara Pengarang,

SAYA amat tersentuh dengan satu artikel Sabahkini.net yang bertajuk, “Datu Akjan Is Now Sultan Shariful Hashim II” sungguh menakjubkan kerana majlis itu diadakan di Sabah yang menggambarkan seolah-olah Bandaraya Kota Kinabalu, Sabah sebahagian daripada negeri jajahan takluk kerajaan Datu Akjan.

Kita bukan mempersoalkan Datu Akjan ditabalkan menjadi Sultan untuk negerinya di Kepulauan Sulu, Selatan Filipina itu adalah hak mereka mengikut susurgalur keturunan ‘Di-Raja Pakau’ mereka, namun persoalannya mengapa pula majlis itu diadakan di Sabah dan kenapa tidak diadakan di salah satu Bandaraya di Kepulauan Sulu, seperti Tawi-Tawi atau Bungao di Selatan Filipina?

Mengikut jalan cerita riwayat hidup Datu Akjan, beliau merupakan mempunyai kerakyatan sebagai warganegara Malaysia setelah mendapat Kad Pengenalan projek melalui modus operandi daftar lewat kerana telah berhijrah ke Kem Sibaud Sandakan sejak tahun 1962 bersama bapa saudaranya, Hasirin bin Sumabud, kononnya atas perlindungan keselamatan pada ketika itu.

Sekiranya semua itu benar, sudah pastilah Datu Akjan harus kembali ke ‘negara’ asalnya untuk melaksanakan tanggung jawabnya kepada rakyat di sana, termasuklah melangsungkan semula Peristiharan beliau sebagai ‘Sultan Shariful Hashim II” di sebuah Bandaraya di Kepulauan Sulu, tempat beliau diputerakan.

Serentak dengan itu, Datu Akjan hendaklah menyerahkan kembali kerakyatan Malaysia yang diperolehi secara tidak sah kerana beliau sudah menjadi ‘Ketua Kerajaan’ di negara asalnya.

Dalam pada itu, kerajaan Malaysia, khususnya Majlis Keselamatan Negara dan Kerajaan Negeri Sabah harus meningkatkan kawalan keselamatan dengan segera kerana jika dibiarkan, mungkin akan disalah tafsirkan oleh pihak tertentu, lebih-lebih lagi PATI yang mempunyai Kad Pengenalan akan menyangka bahawa ‘Pengisytiharan Sultan Shariful Hashim II’ itu telah membuktikan Sabah adalah sebahagian daripada negeri takluknya.

Salam hormat kepada segenap lapisan rakyat Sabah yang cintakan Keamanan!

AMBROSE JUAN PONCE

No comments:

Post a Comment