Thursday 10 February 2011

APA HUBUNGAN JUMAT IDRIS DENGAN PATI?



Saudara Pengarang,

SAYA tidak berpuas hati dengan keadaan di Sepanggar yang penuh dengan pendatang asing tanpa izin (PATI) dan penjenayah. Mengapa tiada orang yang mahu berbuat sesuatu pada kawasan ini?

Apa Ketua Bahagian UMNO Sepanggar, Datuk Jumat Haji Idris buat untuk mengatasi masalah di kawasan Sepanggar kerana apa saya nampak Jumat hanya datang merasmikan sebarang majlis dan tidak berani mengambil tindakan mengenai kehadiran begitu ramai PATI di Sepanggar. Apa hubungan Jumat dengan PATI?

Jika anda semua perhatikan dengan teliti, bukan lagi masyarakat Bajau (kaum yang terdapat di Sabah) yang mendiami kawasan ini, tetapi PTI. Angkara siapa? Saya tindak ingin menuding jari kepada sesiapa, tetapi jelas kelihatan ‘sign board’ UMNO di kawasan itu.

Kenapa tiada tindakan pengusiran dibuat ke atas PATI. Apa yang Wakil Rakyat dan Ketua Bahagian UMNO buat di Sepanggar selama ini?

Saya sudah tidak tahan dengan semua senario yang berlaku dan merasa cuak melihat atau mendengar kes-kes yang berlaku di sini setiap hari, terutama kes curi, kes cabul, kes rompak, kes ragut, kes ugut, kes rempit, kes pukul, kes pecah rumah orang dan pelbagai jenayah lain.

Jumat dan Wakil Rakyat kawasan ini perlu prihatin dan ambil perhatian kerana ramai pelajar daripada POLITEKNIK, UMS, UITM dan banyak lagi tinggal di kawasan yang menjadi ‘Little Phillipines’ ini sehingga keselamatan mereka terancam. Berapa ramai lagi yang harus menjadi mangsa sebelum kerajaan mahu bertindak?

Salam Hormat,

JOSHWARRY

No comments:

Post a Comment