Saturday 12 February 2011

AWASI SUAMI JIKA MEREKA KE LABUAN!



Saudara pengarang,

KALAU satu pasukan khas ditubuhkan untuk menyiasat kes penyeludupan PATI yang berlaku di Tawau dan Lahad Datu yang didalangi oleh Pegawai Kanan Polis, kami penduduk labuan meminta ehsan Ketua Polis Negara, Tan Sri Ismail dan PJP sabah Dato’ Hamzah juga menubuh satu pasukan khas untuk siasat siapa sindiket dan pegawai berkuasa yang bersubahat membawa masuk wanita Filipina dan Indonesia bekerja sebagai pelayan di semua Pusat Hiburan di Labuan.

Pusat Hiburan mohon permit ‘Waitress’ tapi sebenarnya dengan bayaran RM250 terus boleh dibawa keluar ke hotel bermalam. Bukankah mereka ini boleh dikategorikan sebagai Pelacur Berlesen?

Sabahkini.net dan akhbar tempatan telah menyiarkan berpuluh artikel penduduk W.P Labuan tetapi jika tiada sebarang tindakan diambil dan jika ada tangkapan, hanya seperti wayang ‘Senario The Movies’.

Penduduk Labuan sudah bosan kerana pihak berkuasa hanya memberi alasan bahawa semua pusat hiburan ada kouta GROs dan hanya khas untuk Labuan sahaja.

Melalui Sabahkini.net kami ingin memberitahu kepada semua isteri di seluruh Malaysia agar sentiasa berwaspada jika suami mereka ke Labuan kerana Labuan ialah pulau maksiat yang mempunyai lebih kurang 800-1,000 GROs (pelacur berlesen).

Penduduk Labuan kini menghadapi krisis sosial sehingga banyak masalah rumah tangga disebabkan suami suka menyimpan GRO. Kami juga ingin memberi amaran kepada isteri di luar Labuan agar berhati-hati terhadap suami yang bertugas di Labuan kerana ramai di antara mereka menyimpan GRO di Labuan.

Kami amat sayangkan Kerajaan BN dan merayu ehsan Perdana Menteri Dato’ Seri Najib agar membatalkan permit pelacuran berlesen untuk pusat hiburan di Labuan dengan serta merta kerana sudah banyak keluarga yang bercerai berai.

Kalau kerajaan tidak mengambil sebarang tindakan, lebih baik semua isteri yang bermasalah di Labuan menolong parti pembangkang berkempen pada PRU13 akan datang kerana Barisan Nasional yang disayangi rakyat, bukan ingin melihat rakyat hidup mesra, tapi menghancurkan pula keluarga orang tempatan.

Kami ingin memberi amaran kepada isteri luar dari Labuan supaya berhati-hati jika suami selalu hendak melawat Labuan atau yang bekerja di Labuan. Jika tidak percaya, sila datang ke Manila Cafe, Tip Top Karaoke, Sport Bar Karaoke, King Karaoke, Havana Karaoke.

Kami hanya menyebut nama lima karaoke sahaja kerana tidak kurang 200 perempuan dan Labuan ada 43 pub dan karaoke. Ramai di antara mereka bekerja secara haram kerana Labuan adalah ‘transit point’ untuk mencop passport bagi GRO untuk daerah lain.

Kami akan dapatkan maklumat lebih tepat dan membongkarkan siapa balang dan siapa pegawai berkuasa yang bersubahat dengan sindiket membawa masuk begitu banyak wanita Filipina dan separuh mengunakan passport bekerja tanpa membayar levi dan mereka hanya perlu mengecop passport di Sempadan Limbang- Brunei atau passport terbang ke brunei.

Salam hormat.

HJ BAKIR DAN ISTERI

18 comments:

  1. Sound good and interesting. Sa P Labuan lu ni....

    ReplyDelete
  2. hapus kan gejala sosial di labuan ...

    ReplyDelete
  3. patut lah d labuan byk penyakit kelamin!!!!..ni lah ppuan pelipin sm indon ni mcm x keja lain..jual body ja..nnt sda berkedut x org mo baru lah terfikir taubat!!!..sang suami pun sama ja ada isteri yg baik mo jg p menggatal cari penyakit..habis duit ja pelihara betina2 mcm ni..

    ReplyDelete
  4. syaracute85; mana dpt maklumat labuan byk penyakit kelamin?

    ReplyDelete
  5. kalau mo ckp labuan ni banyak gro ya tidak dinafikan. tapi penggunaan kata LABUAN PULAU MAKSIAT tu adalah SANGAT MELAMPAU. Sebagai penduduk jati Labuan aku rasa sedih sangat dengan tomahan begini. mesti saudara pengarang merujuk kepada semua gro yang rata2nya BUKANLAH PENDUDUK LABUAN TETAPI PEKERJA ASING YANG DIBAWA MASUK. kalau sdh buat article betajuk macam ni what left to us penduduk LABUAN? Your words as if announcing to the whole MALAYSIA that people FROM LABUAN are DIRTY! Orang luar LABUAN TIDAK TAHU yang GRO tu semua bukanlah warga tempatan. Maksiat boleh berlaku di mana2 saja. Bukan SAHAJA d LABUAN. Tolong pikir sebelum buat statement sbb ramai orang2 tidak berdosa di Labuan menjadi MANGSA terhadap HASIL PENULISAN ANDA

    ReplyDelete
  6. hrap jgn la sesuka hati hina labuan pulau maksiat,,yakin juga d tmpat len ada,,kami sbgai pnduduk labuan skit hati la bila ckp pulau lbuan pulau maksiat,,bkn suma pnduduk lbn bt maksiat,,bkn suma pnduduk labuan pg pub,,pg mlggan,,jgn label sesuka hati,,,mana larinya 1 malaysia?

    ReplyDelete
  7. This comment has been removed by the author.

    ReplyDelete
  8. klu ya pun nak org baca ni artikel, agak2 lah tuan mmbuat ni statement ya. mmg idea y bgus tu melupuskan permit y tdk bermoral ni.. tp kata2 y tdk bermoral dr tuan jgk harus d jaga.. labuan adalah pulau y bermaruah.. dah jdi wilayah persekutuan dah pun,tp jgn lah cakpa labuan adalah PULAU MAKSIAT. d mna2 pun ada perkara y terkutuk. bukn takat d labuan. labuan adalah wilayah y kecil. mmg semua nmpak perkara y nda bek.d sabah ni pun bnyk jgk perkara mcm tu.. llki jd pondan n mjual tubuh nya tu perkara baik kah?? tdk pula kami smpai mgata tmpat ni tmpat mksiat kan???tolong hormati perasaan n maruah penduduk labuan ye. agak2 buat statemnt y melampau ni.. ada otak, fikir lu sblm buat artikel ni..

    ReplyDelete
  9. Bukan saja di Labuan. Masalah Malaysia sekarang terlalu banyak warga asing yang bekerja di pub. Paling teruk sekali warga filipina yang cuma tahu menghancurkan rumahtangga rakyat malaysia. Kerajaan Malaysia seharusnya mempunyai akta untuk hak asasi warga malaysia kerana terlalu banyak warga asing yang cuma mengambil kesempatan untuk menetap di Malaysia dengan merampas suami rakyat Malaysia.

    ReplyDelete
  10. Kepada pengarang artikel ini, terima kasih kerana menyuarakan pendapat anda. Mungkin anda terlalu emosi sehingga menyebabkan pihak lain tersinggung. Masing-masing ada cara masing-masing untuk bersuarakan..... Yang penting kita semua bersetuju mengenai isu GRO. Pada pendapat saya salah satu alternatif untuk mengurangkan kegiatan maksiat yang disumbangkan oleh golongan GRO adalah dengan memansuhkan permit kerja mereka. Kewujudan GRO banyak mengundang pelbagai masalah seterusnya membawa implikasi yang buruk kepada diri, keluarga, masyarakat dan negara. Serbuan demi serbuan yang dilakukan polis tidak akan berhasil selagi ada pihak yang tertentu mendalangi kegiatan GRO yang tidak bermoral tanpa rasa gentar. Semua pihak perlu serius memainkan tanggungjawab masing-masing kerana berapa banyak serbuan yang dibuat tidak bermakna selagi kegiatan maksiat GRO masih berterusan. Adalah menjadi kewajipan terutama sekali pihak pimpinan yang menerajui kerajaan agar lebih tegas dalam menjalankan satu dasar atau kaedah yang lebih efektif dalam menangani isu GRO ini. Dalam usaha membanteras kegiatan maksiat membabitkan pegawai perhubungan pelanggan (GRO), kejayaan tidak akan berhasil sekiranya tiada usaha bersepadu antara agensi-agensi kerajaan, swasta dan orang awam. Oleh itu, perangilah kegiatan GRO yang tidak bermoral, hukumlah pihak yang mendalangi aktiviti maksiat mereka, dan katakan tidak kepada seks bebas! I support you all!

    ReplyDelete
  11. Halu....sebagai warganegara malaysia, saya bersyukur meninggalkan diri saya di malaysia.....pasal guest relation officer tu , pernahkah kamu terfikir adakah dorg lahir tu terus2 mo jadi pacalur?jangan pandang serong dgn kupu kupu malam bah....dorg pun mo cari mkn bah....tapi ni la manusia....suka memanipulasi manusia...saya harap kamu faham golongan mana yg kuat manipulasi orang ni...kepada semua kupu kupu malam yg baca kenyataan ni, saya memahami penderitaan kamu di negara kamu....jadi, life must goes on...rosak akhlak? Hehe, God will always be with you... Semangat 1malaysia telah lama diterap di sabah....besyukur la kita k....nda payah marah2....

    ReplyDelete
  12. Saya setuju, jnganlah kerana gro-gro luar ramai berada di Labuan lantas Labuan pun dinamakan Pulau Maksiat!Dulu Labuan terkenal dengan Pulau Bebas Cukai, barang-barang murah maka ramailah orang luar datang ke pulau itu membeli bela. Tiba-tiba sekarang Pulau Labuan dilebelkan sebagai 'Pulau Maksiat', apa dah jadi?. Tentu semua penduduk lauban merasa terkilan kerana seolah-olah semua penduduk yang tinggal di pulau itu kerjanya buat maksiat belaka!. Oleh itu kepada penulis artikel itu saya cadangkan tarik balik kenyataan itu dan mohon maaf kepada penduduk Labuan.

    ReplyDelete
  13. Berapa puluhan tahun sudah labuan di bawah kerajaan persekutuan?bandar labuan ketingalan zaman takde perubahan .maju lagi pekan putatan atau papar atau tuaran di sabah air kadang tak ada
    Alasan pump rosak.. nak tanya sebiji jer ker pump dari tanah besar sabah ke labuan?kalau pump sebiji ini rosak bukan kah penduduk labuan mandi air mineral? Air dalam botol..
    Longkang berbau busuk.. air kuning.. tak lalu nak minum kat hotel..
    Bangkitla penduduk labuan jalan raya anda lagi teruk dari di sabah..barangan yg memudaratkn saja murah di labuan rokok dan arak.. coklat.manis janganla selesa dan bangga dgn adanya industri oil gas di labuan.isu air kebersihan,lebih baik penduduk labuan masuk kembali ke sabah sudah tentu akan berlaku perubahan.tak boleh? Hahahaha

    ReplyDelete
  14. Sy baru sahaja pindah di sini kerena kerja. Mmg benar Labuan Pulau Maksiat. Bkn isu GRO je. Org Melayu sini langsung x ada sensitif mengalahkan org KL. Org Melayu bertatu, minum arak, dlm kelab malam hampir semua org melayu, mknan halal n haram dlm market bercampur tp org x marah, Melayu kerja kedai Cina jual arak, Melayu tompang meniaga burger n kepak ayam kat kedai Cina, org Melayu minum arak terang2 kat kedai Cina, org Melayu beli air arak mcm air Coke je klu kat KL

    Apa je yg bebas cukai kat sini? Arak, rokok, kereta. Lain2?
    Harga makanan mahal mengalahkan KL tp x de lah sedap sgt pun

    ReplyDelete
    Replies
    1. Ini saya setuju..pernah kerja di Labuan...Mentaliti org Labuan paling teruk..terutamanya org2 Islam di Labuan...minum arak..berjudi..bertatu..kawan makan kawan..tidak mesra dgn org dating..melihat org luar sebagai musuh..& harga makanan di Labuan sunnguh mahal & tidak sedap...MURAH? LABUAN hanya murah untuk barang2 haram seperti ARAK, ROKOK & GRO FILIPINA...that's it..

      Delete
    2. kamu sama mehmed mentaliti macam apa eh? who cares...masaalah mentaliti orang semenanjung simpan di semenanjung la..jangan bawa pi sini labuan. kalau korang pi europe or us takkan kamu cakap dorang o orang islam sana paling teruk? heh..baca quran bagus2...larangan2 tuhan tu. bukan baca hadith2 tulisan manusia2 hipokrit (err...munafik?). mine your own business la. you orang x mo beli makanan campur2..pi ja pasar..beli ikan or ayam or daging asing2..or korang sembelih sendiri ja apa2 yang korang mo makan...tanam sayuran buah2an sendiri...
      makanan x sedap masak la makanan sendiri...dont complain! period. keep your religion in your house..dont force your believe your preference your whatever to others. Period.

      Delete
  15. Dari cerita yang saya dengar, sebenarnya Passport mereka tidak di cop, ia di sengajakan oleh Majikan Bapa Aayam supaya mereka tidak boleh meninggalkan tempat kerja mereka sesuka hati atau balik filipina, Mereka bak terperangkap, itulah setakat yang saya tahu

    ReplyDelete