Monday 28 February 2011

BELB PAHU-GARAS-TONTOLOB SIAP MAC 2011



Saudara Pengarang,

TERLEBIH dahulu kami mengucapkan terima kasih atas maklumbalas tuan pada 27 Februari 2011 melalui artikel bertajuk ‘Kami Masih Guna Lampu Pilasut’.

Untuk makluman pengadu, kerja-kerja penyambungan bekalan elektrik dari kampung Pahu-Garas-Tontolob Liwan, Tambunan merupakan projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (BELB) yang dikendalikan (dalam bidang kuasa) Kementerian Kemajuan Luar Bandar dan Wilayah (KKLW).

Selain itu, kerja-kerja tapak (penyambungan tiang dan talian elektrik) kini di dalam proses akhir dan dijangka siap pada pertengahan bulan Mac 2011.

Segala kerumitan amat dikesali.

Sekian dan harap maklum,

"Bersama Memacu Pembangunan Negeri Sabah"

WAN MARIA OTHMAN LEE

Pengurus Besar (Perkhidmatan Korporat)

7 comments:

  1. Hope that the related authorities will look into this delay.

    ReplyDelete
  2. harap bekalan elektrik ada siap secepat mungkin.

    ReplyDelete
  3. harap projek tersebut akan siap dalam tempoh yang dijangkakan bagi membolehkan penduduk menikmati kemudahan yang diharapkan.

    ReplyDelete
  4. Kita tunggu saja..Pasti perkara ini akan diselesaikan.

    ReplyDelete
  5. saya harap tidak ada lagi aduan selepas pertengahan bulan Mac..

    ReplyDelete
  6. SESB patut memberikan penjelasan mengenai hal ini.

    ReplyDelete
  7. Diharap penduduk kampung dapat menikmati bekalan elektrik seperti sedia kala.

    ReplyDelete