Monday 28 February 2011

GEMBLENG BERSAMA MAJUKAN KOTA BELUD



GEMBLENG TENAGA…..Abdul Rahman (kanan) memperkatakan sesuatu kepada sebahagian Ketua-Ketua Jabatan yang hadir pada majlis itu.

Oleh: ISMAIL MOHD ROSLI

JABATAN kerajaan negeri, persekutuan, agensi kerajaan, NGO serta pihak media di daerah ini perlu mengemblengkan tenaga serta idea untuk melonjakkan kemajuan daerah Kota Belud secara menyeluruh bagi mengeluarkan daerah ini dari peta daerah termiskin di Malaysia.

Ahli Parlimen Kota Belud, Datuk Abdul Rahman Datuk Dahlan berkata bagi mengeluarkan daerah ini dari peta daerah termiskin di Malaysia kerjasama dari semua pihak amat perlu.

Katanya, kerjasama dari semua pihak amat penting ini kerana tanpa penggemblengan tenaga serta idea secara senada ini akan menyebabkan daerah Kota Belud terus tersenarai dalam peta daerah yang termiskin.

“Semua pihak perlu bekerjasama tidak terkecuali Wakil-Wakil Rakyat, sama-sama kita memikirkan bagaimana untuk membangunkan daerah Kota Belud sebabnya tidak ada lagi orang lain yang boleh membangunkan daerah ini selain daripada Jabatan Kerajaan samada negeri atau persekutuan, agensi kerajaan, NGO dan pihak media.”

Beliau berkata demikian ketika berucap di Majlis Makan Malam bersama Ahli Parlimen Kota Belud yang telah diadakan di Rasa Ria Resort, dekat sini baru-baru ini. Majlis tersebut telah dianjurkan oleh Pusat khidmat Ahli Parlimen Kota Belud.

Abdul Rahman yang juga Setiausaha Barisan Nasional, berkata daerah Kota Belud berkeupayaan serta memiliki potensi untuk maju setanding dengan daerah-daerah lain di negara ini.

Katanya, apa yang perlu dilakukan oleh semua pihak ialah mengemblengkan tenaga dan idea secara keseluruhan untuk memastikan kerajaan persekutuan membangunkan daerah Kota Belud.

Hadir sama pada majlis itu antaranya Pembantu Menteri Pembangunan Infrastruktur, Datuk Japlin Akim; Pembantu Menteri Pertanian Dan Industri Asas Tani, Datuk Musbah Jamli; Pembantu Menteri Pembangunan Masyarakat Dan Hal Ehwal Pengguna, Datuk Herbert Timbun Lagadan; Pegawai Daerah Kota Belud, Abdul Gari Itam; Ketua Polis Daerah Kota Belud, Asp Mohan Nadasen; Ketua-Ketua Jabatan Negeri, Persekutuan, AJK Umno Kota Belud, Ajk Pemuda Umno Kota Belud, Puteri Umno Kota Belud serta para pemimpin masyarakat di daaerah Kota Belud.

9 comments:

  1. Hopefully with the cooperation of all parties, Kota Belud can become a developed area.

    ReplyDelete
  2. Kota Belud adalah sebuah daerah yang amat berpotensi untuk dibangunkan dan dimajukan, ia byk sumber2 yang berkualiti. bersama samalah kitaq bangunkan daerah ini.

    ReplyDelete
  3. kerjasama daripada semua pihak amat penting bagi membangunkan KB.

    ReplyDelete
  4. jika semua pihak dapat berkerjasama seperti yang disarankan oleh DARD, tidak mustahil Kota Belud mampu keluar dari kelompok daerah termiskin malah mungkin lebih baik dari daerah2 lain. tapi semua itu bergantung dengan komitment dan tanggungjawab masing2.

    ReplyDelete
  5. jika benar ada niat sedemikian, harap perlaksanaan perlu bagi menjadikan ini satu kenyataan kepada penduduk Kota Belud.

    ReplyDelete
  6. Itu yang terbaik. Bekerjasama untuk kebaikkan bersama dan bukannya untuk kebaikkan diri sendiri dan kroni sahaja.

    ReplyDelete
  7. Rakyat akan gembira dan ini akan menggalakkan rakyat untuk terus mengundi anda.

    ReplyDelete
  8. We hoped that Sabah will become a developed state.

    ReplyDelete
  9. Selamat berjuang kepada Kota Belud, semoga daerah KB dapat dibagunakan.

    ReplyDelete