Saturday 5 February 2011

JALAN TAMAN MESRA ROSAK TERUK



ROSAK….Roslan menunjukkan jalan yang rosak perlu diturap segera

Oleh: SHAIMON S JUMADI

KEROSAKAN Lorong 1, Jalan Taman Mesra yang sudah hampir empat bulan tidak diselenggarakan oleh pihak Majlis Perbandaran Sandakan (MPS) telah menimbulkan keresahan di kalangan penduduk setempat khususnya yang mempunyai kenderaan.

Salah seorang penduduk taman tersebut yang hanya dikenali Roslan (gambar atas) menjelaskan mengenai kerosakan jalan tersebut sudahpun dimaklumkan kepada pihak yang berkenaan tetapi tiada sebarang tindakan diambil sehingga hari ini.

Kata Roslan lagi, di Taman Perumahan Taman Mesra ini memang banyak timbul pelbagai masalah yang dihadapi oleh penghuninya selain kerosakan jalan berpunca daripada masalah utama, bahkan terdapat juga kerosakan saluran najis di beberapa blok bangunan sehingga tahi melempah ruah keluar bertaburan dan perkara ini juga telah diadukan kepada pihak MPS; malangnya sehingga kini tiada tindakan diambil

LUBANG….Beginilah keadaan, Lorong 1, Jalan Taman Mesra, berlubang sana di sini.

Yang menyedihkan tambah Roslan, kalau penduduk tertunggak dua bulan atau lewat sedikit membayar sewa rumah tersebut, mereka telah diberi notis amaran, tetapi soal kesejahteraan penduduk atau penyewa langsung tidak dipedulikan

Jelas Roslan, 90 peratus penduduk Projek Perumahan Rakyat (PPR) Taman Mesra ini, adalah penyokong kuat BN dan beliau khuatiri sekiranya pihak MPS terus mengenepikan soal kesejahteraan penghuni-penghuni taman ini dengan tidak mahu menerima apa juga laporan yang dikemukakan oleh penduduk berkenaan, akan dijadikan isu pembangkang dalam kempen pilihanraya umum ke 13 nanti.

“Parti pembangkang hanya tahu menyalahkan bulat-bulat kepada wakil rakyat semata-mata tetapi mereka sebenarnya tidak tahu ini semuanya angkara siapa,” tegas Roslan.

No comments:

Post a Comment