Monday 14 February 2011

KENAPA HINA AGAMA KRISTIAN?



Saudara Pengarang,

MOHON ehsan agar bertanya kepada akhbar Berita Harian kenapa mengeluarkan cerita tentang ‘Valentines Day’ pada hari ini (14 Februari) dan mengaitkannya dengan agama Kristian? Bukankah tindakan ini boleh menyebabkan orang ramai berfikiran yg tidak bagus dengan agama Kristian? Malah ada juga pihak yang menerbitkan video tentang seorang Ustazah yang membuat komen tentang ‘Valentine Day’ dan mengaitkan sekali lagi dengan agama Kristian?

Salam Hormat,

TIDAK PUAS HATI

2 comments:

  1. perlu kita faham bahawa valentine bukanlah acara yang diasaskan oleh agama kristian. valentine merupakan satu hari yang disambut oleh orang orang barat dan seterusnya tersebar ke seluruh dunia. tiada dalam kitab injil ada menyebut tentang sambutan valentine. kenapa harus salahkan agama kristian? salahkan manusia yang lena dengan keseronokan dunia sehingga lupa akan ajaran agama. agama kristian tidak pernah mengajar malah turut melarang perbuatan zina(jika itu tanggapan mereka tentang valentine). saya minta kepada pihak pihak yang berkaitan agar berfikir dengan matang dan rasional sebelum mengeluarkan pendapat dan kritikan.

    ReplyDelete
  2. tidak menghairankan... timbangan senget tetap juga timbangan senget. di Malaysia di sebelah pihak semuanya dibolehkan.. penghinaan, penindasan, penzaliman, etc semuanya wajar2 belaka jika anda adalah muslim. tapi bila pihak ditindas bersuara dan mengadu mereka ckp menghina. lebih2 berkaitan agama. menyakitkan hati. tapi biarlah... Tuhan, maafkan dan ampunkanlah mereka yg menghina Agamaku dan ajaran-Mu kerana mereka tidak tahu apa yg mereka lakukan. Amen.

    ReplyDelete