Friday 25 February 2011

KESAN SISA PLUMBUM AMAT BERBAHAYA



Saudara Pengarang,

SUDAH agak lama saya tidak berkunjung ke portal popular rakyat, Sabahkini.net kerana kesuntukan masa disebabkan hambatan kerja dan urusan keluarga. Saya terpaku melihat video mengenai penggunaan plumbum menerusi bateri untuk tujuan mengecas dan menjana tenaga solar.

Lebih lagi mengejutkan saya ialah ia digunakan secara meluas di sekolah-sekolah rendah di sana sehingga begitu ramai kanak-kanak terdedah secara langsung terhadap bahaya plumbum.

Terlebih dahulu saya; ingin memohon maaf kepada penduduk negeri Sabah kerana saya sendiri sangat 'naive' mengenai perkara ini. Apa yang saya ketahui, banyak negeri di Malaysia telah meletakkan 'mengharamkan' penggunaan bateri plumbum. Contohnya baru-baru ini di Perak telah melakukan satu tindakan terpuji demi masa depan rakyatnya, terutamanya generasi muda.

Kita sudah mendengar dan melihat spesis-spesis ikan sama ada di sungai atau di laut yang menjalani proses mutasi disebabkan oleh pembuangan bahan-bahan toksik termasuk plumbum secara berleluasa dan menyalahi undang-undang Akta Alam Sekeliling.

Ramai juga yang boleh mengesahkan kepada saya bahawa ibu mengandung, anak yang dilahirkan dan sebagainya, jika terdedah kepada plumbum sama ada kerana memakan ikan dari sungai/laut yang dicemari, maka anak yang bakal dilahirkan akan mengalami kecacatan dan risiko ibu yang mengandung itu sendiri juga perlu diperhatikan.

Mungkin mereka yang terlibat dalam sindrom kanak-kanak perlu melihat dan mengkaji dengan lebih dalam, apakah kesan persekitaran yang terdedah kepada bahaya lead/plumbum dan sebagainya. Adakah ini mungkin puncanya, umpamanya ADHD, Dyslexia dan seangkatan dengannya; termasuklah sindrom-sindrom lain yang merosakkan DNA dan mengakibatkan kecacatan mental dan fizikal.

Berikut ialah petikan dari Wikipedia :

Accidents after birth - Learning disabilities can also be caused by head injuries, malnutrition, or by TOXIC EXPOSURE (such as HEAVY METALS or pesticides).

Kesan pendedahan berpanjangan; mengikut kajian; juga telah menyebabkan penyakit lupa, menjadi seorang yang pemarah, bertindak agresif dan sebagainya.

Saya beri contoh apa akibatnya bila haiwan dan ikan bermutasi :

"A fish in South Korea has turned into a VAN-SIZE, 4 LEGGED BEAST WITH TAIL. It was found in Han river when scientists poured chemicals into the river due to a fail experiment. The ‘host’ killed about a hundred and was finally dead when Korea released ‘Yellow Agent’, a smoke bomb with chemicals tested to kill the ‘host’ but isn't quite sure if it affects humans. These mutated animals mainly come from pollution. 1982-mutated worm was found. it killed two people causing virus."

Saya mendapat khabar bahawa terdapat pihak-pihak tertentu menggunakan hutan Amazon dan saliran sekitarnya sebagai tempat pembuangan pelbagai sisa toksik merbahaya termasuklah plumbum. Tidak hairanlah kita lihat spesis-spesis haiwan, biawak, buaya, ikan dan sebagainya di Sungai Amazon sangat berbahaya sekali.

Proses mutasi ini sememangnya memakan masa tetapi apabila benih haiwan malah tumbuhan ini dapat ‘adapt' atau 'toxic atau plumbum tolerant' kepada suasana yang cemar sama ada air atau udara akibat pencemaran, maka ianya akan bermutasi.

Bagaimanapun, saya ingin merakamkan tahniah kepada Sabahkini.net kerana berjaya mendapatkan respon daripada badan persijilan kebangsaan menerusi link berikut :

http://sabahkinimirror.blogspot.com/2011/02/sirim-respond-on-solar-battery.html

Apa yang lebih menghairankan saya ialah teknologi 'purba' menjana teknologi 'canggih'. (Bateri Plumbum - Tenaga Solar).

Kenapa tidak digunakan Lithium Polymer yang malah lebih murah, lebih mesra alam dan lebih tahan lama?

Adakah tidak ada atau tidak cukup tempat sebesar Sabah untuk mengadakan satu tapak atau industri pelupusan dan kitaran semula?

Kita juga tidak kurang dengan kajian-kajian bersabit pembuangan plumbum dan zink menggunakan hydrogen peroxide. Lihat :

http://umpir.ump.edu.my/601/1/Salimah_Shafii.pdf

Saya merayu kepada pihak kerajaan menyiasat kebenaran video ini dan jika ianya benar carilah alternatif ke atas penggunaan bateri plumbum ini untuk menjana tenaga solar di sekolah-sekolah rendah di Sabah.

Saya sedar tujuannya ialah untuk menjana tenaga elektrik bagi kawasan pedalaman kerana tiadanya 'grid', tetapi rasanya banyak alternatif lagi yang boleh dilakukan selain menggunakan bateri plumbum.

Tidaklah menjadi tujuan saya menulis untuk menyalahkan sesiapa atau meminta pihak yang tidak bertanggungjawab dihukum, tetapi mengharapkan agar perkara ini mendapat perhatian serius.

Ingatlah, jika ini adalah anak-anak kita, maka merekalah yang akan menjadi generasi yang akan datang apabila kita tiada lagi di dunia ini.

Wassalam,

NIK ZAFRI BIN NIK ABDUL MAJID

Perunding Bebas Pengurusan Pengetahuan, Alam Sekitar, Kualiti Dan Keselamatan Kerja.

10 comments:

  1. Penggunaan plumbum harus diberhentikan kerana menjejaskan kesihatan penduduk terutamanya budak kecil, ia juga menyebabkan pencemaran alam.

    ReplyDelete
  2. Harap kerajaan akan menggunakan penjana yang mesra alam dan bersih.

    ReplyDelete
  3. gunakan tenaga lain yang lebih bersih dan selamat.

    ReplyDelete
  4. bagaimana kerajaan tidak tahu tentang bahaya penggunaan bateri asid plumbum? selain membahayakan kesihatan dan boleh membawa maut, bateri asid plumbum ini juga boleh meletup. penggunaan benda ini terlalu bahaya lebih2 lagi ia digunakan di sekolah.

    ReplyDelete
  5. kerajaan perlu bertindak cepat sebelum ada yang menderita akibat keracunan plumbun. gantikan bateri asid plumbum ini kepada alternatif lain yang lebih selamat seperti bateri lithium polymer. kementerian kesihatan juga perlu menjalankan ujian kesihatan kepada semua pelajar2 di sekolah tersebut.

    ReplyDelete
  6. Uiiseymen cantik pula gambar budak tu. Simple tapi cukup menjelaskan senario yang berlaku.

    ReplyDelete
  7. Semoga hal ini mendapat perhatian sewajarnya dan pastikan sumber tenaga yang digunapakai selamat digunakan.

    ReplyDelete
  8. They should stop using lead for charging the solar panels. This is seriously affecting the people's health and environment.

    ReplyDelete
  9. Stop exposing the children to the danger of lead.

    ReplyDelete
  10. Sebaiknya pengunaan plumbum dihentikan serta merta. Harap kerajaan akan mengambil perhatian terhadap isu ini.

    ReplyDelete