Friday 25 February 2011

KKLW BERKENDURI RM200 JUTA DI PULAU GAYA?



Saudara Pengarang,

SAYA merujuk kepada laporan akhbar Daily Express pada 23 dan 24 Februari 2011 bahawa Ketua Bahagian Umno Sepangar, Datuk Jumat Idris merungut berlaku penipuan tender terhad bagi projek Bekalan Elektrik Luar Bandar (KKLW) di Pulau Gaya iaitu memasang kabel bawah laut bernilai RM200 juta.

Memang benar kenyataan tersebut oleh kerana projek tersebut di’kawal’ sepenuhnya oleh kroni Datuk Shafie Afdal sendiri melalui proksinya, Albert Chan melalui 10 syarikat berikut:

1.Sri Wang Sdn Bhd

2.Dmax Sdn Bhd

3.Teras Era Maju

4.ASB Resource

5.Delima Engineering

6.Penulaju Sdn Bhd

7.REMT Utama

8.Ternama Tabah

9.Pertama Satu

10.Dynasnergy

Saya berharap agar perkara ini diterbitkan di laman portal Sabahkini.net agar pihak berkenaan boleh melaporkan kepada pihak berkuasa seperti SPRM untuk tindakan lanjut.

Sekian dan terima kasih.

WARGA PULAU GAYA

No comments:

Post a Comment