Friday 25 February 2011

LAGI MANGSA ‘KEPALA TALI PINGGANG’



Saudara Pengarang,

Merujuk kepada artikel ‘Konsep Payung Atau Konsep Bohong?’ yang disiarkan oleh Sabahkini minggu lalu, ingin saya maklumkan bahawa tiga orang PATI tersebut baru sahaja melakukan rompakan di Karamunting, Sandakan, dua hari yang lalu.

Mangsa mereka ialah taukeh kedai Mamak. Modus operandi yang digunakan adalah sama, iatu menggunakan ‘kepala tali pinggang’.

Adakah polis Sandakan hanya menunggu ada nyawa yang melayang baru mahu mengambil tindakan? Ataupun kita warga Sandakan yang merupakan rakyat biasa tidak ubah seperti anjing kurap di mata polis?

Diharapkan pihak polis dapat menangkap tiga PATI tersebut sebelum nyawa rakyat Sandakan yang tidak berdosa terkorban.

Sekian,

WARGA SANDAKAN YANG KETAKUTAN

No comments:

Post a Comment