Saturday 12 February 2011

LAPOR POLIS TERHADAP SULTAN AKJAN



Oleh: MUTALIB M.D

EKORAN daripada kenyataan Pesuruhjaya Polis Sabah, Datuk Hamza Taib bahawa setakat ini polis belum menerima laporan daripada mana-mana pihak berhubung tindakan Pengerusi Pertubuhan Kebajikan dan Dakwah Islamiah Malaysia (Pekida) Sabah, Datuk Mohd Akjan Ali Muhammad yang berhadapan siasatan mengikut Kanun Keseksaan dan Akta Keselamatan Dalam Negeri selepas mengisytiharkan dirinya sebagai Sultan Sulu, baru-baru ini; Pemuda UMNO Sabah tampil membuat laporan polis petang kelmarin.

Rombongan Pemuda UMNO Sabah diketuai oleh Ketua Pergerakannya, Azaman @ Azman Bin Haji Ruslan dan beberapa jawatankuasa Pemuda UMNO Sabah termasuk Exco Pergerakan UMNO Malaysia, Jamawi Jaafar.

Dalam laporan penuh Polis yang dibuat di Balai Polis Karamunsing melalui laporan bernombor KK20110211-00423, Azman menyatakan bahawa;

“Saya Azaman @ Azman bin Haji Ruslan (700813-12-5351) membuat laporan polis berhubung dengan kenyataan di dalam satu blog yang dikenali Blog 'Sabahkini' yang melaporkan tentang seorang yang bernama Datu Akjan bin Datu Ali Muhammad yang mengaku dan ditabalkan sebagai Sultan Sulu dengan gelaran Sultan Shariful Hashim II di kediamannya di kampung Likas, Sabah.

Tujuan laporan ini dibuat ialah untuk;

Meminta penyiasatan polis bagi pengesahan status kerakyatan Datu Mohd Akjan Bin Datu Ali Muhammad.

Meminta pihak polis menyiasat dan mengambil tindakan berhubung tindakan beliau meminta rakyat Suluk untuk taat setia kepada beliau bertentangan dengan prinsip rukunegara Malaysia iaitu Kesetiaan Kepada Raja dan Negara.

Pemuda Barisan Nasional Sabah khuatir beliau yang mengaku Sultan dan tindakannya akan mengancam ketenteraman negara

Meminta pihak polis mengambil tindakan segera agar isu ini tidak mengelirukan orang awam.”

No comments:

Post a Comment