Thursday 24 February 2011

MALAYSIA BERBEZA DENGAN NEGARA ARAB


RAKYAT Malaysia tidak harus terikut-ikut dengan propaganda pembangkang untuk mengadakan protes seperti yang sedang berlaku di beberapa negara Arab sekarang, kata Menteri Penerangan Komunikasi dan Kebudayaan Datuk Seri Dr Rais Yatim.

Beliau berkata keadaan sistem politik di negara-negara tersebut dengan Malaysia adalah berbeza, lantaran tidak ada sebab untuk mana-mana pihak di negara ini untuk meminta rakyat melakukan perkara yang sama.

Berbeza dengan negara-negara yang dilanda kebangkitan itu, Malaysia mempunyai perlembagaan kukuh yang menjamin hak rakyat, katanya selepas merasmikan persidangan tahunan 2011 serentak cawangan-cawangan Umno bahagian Cheras di sini Rabu malam.

Selain itu, beliau berkata Malaysia mempunyai sistem demokrasi di mana rakyat berhak memilih parti dan kerajaan yang mereka mahu setiap lima tahun secara bebas.

"Sedangkan di negara-negara itu tiada perlembagaan yang kukuh seperti kita dan tidak mempunyai pilihan raya bebas untuk memilih pemimpin," katanya. (BERNAMA)

No comments:

Post a Comment