Saturday 12 February 2011

PBS KEMABONG ANJUR INISIATIF KEBAJIKAN



KEBAJIKAN…..Jawatankuasa Kebajikan bergambar bersama ahli

Oleh: MEDIA PBS KEMABONG

PENDUDUK kampung disaran supaya mengeksploitasi semangat persefahaman dan perpaduan yang sedia wujud dalam usaha untuk memakmurkan kampung. Sebagai penduduk yang hidup bermasyarakat, mereka boleh bekerjasama bagi menjayakan sesuatu program. Program Kebajikan Keluarga Semasa Kematian seperti yang diinisiatifkan oleh penduduk Kampung Kalamatoi, Kemabong wajar digalakkan dan dicontohi.

Ketua Bahagian PBS Kemabong, Sabini Ansumor, berkata demikian semasa menyampaikan ucapan sempena mesyaurat penubuhan program kebajikan berkenaan baru-baru ini di Rumah Kebudayaan Kampung Kalamatoi.

Setakat ini sebanyak 52 keluarga telah menyertai program berkenaan.

Menerusi program berkenaan setiap keluarga menyumbang sebanyak RM20. Jika berlaku kematian di kalangan ahli keluarga ahli, wang kutipan terkumpul akan diserahkan kepada keluarga bermasalah bagi kegunaan meringankan beban. Kutipan seterusnya akan dibuat sebagai persediaan jika ada kematian pada masa akan datang.

“Kebajikan ini baik memandangkan bukan mudah untuk kita menyediakan wang jika berlaku sebarang kematian dalam keluarga kita. Ada ahli keluarga yang sakit sekian lama sehingga ahli keluarga banyak membuang duit untuk perubatan. Ini menyebabkan mereka ketiadaan wang apabila ahli keluarga mereka meninggal. Memang ada saudara mara yang akan menderma namun kewangan datang secara perlahan sehingga membantutkan persediaan dan pengurusan pengkebumian,” terang Andawai Ansumor, PJKKK Kampung Kalamatoi.

Difahamkan bahawa program ini diletakkan di bawah pengawasan PJKKK dan Ketua Kampung sebagai penasihat. Beberapa ahli jawatankuasa khas turut dilantik bagi memastikan program ini berjalan dengan licin.

“Inisiatif ini sepatutnya tidak menghalang saudara-mara untuk memberikan derma peribadi. Mereka boleh menderma meskipun mereka telah terlibat dalam kutipan awal kebajikan ini. Di tempat lain, program seumpama ini lebih dikenali sebagai ‘condolence’, banyak membantu ahli. Justeru itu, diharap semua ahli memberikan kerjasama yang padu,” kata Sabini lagi.

Sabini turut memuji keprihatinan wakil rakyat Datuk Raimie Unggi dan Datuk Rubin Balang yang menghulurkan derma wang ehsan kepada wakil keluarga yang meninggal dan inisiatif Pergerakan Pemuda UMNO menyediakan kenderaan pengangkut jenazah.

No comments:

Post a Comment