Wednesday 16 February 2011

PKR CABANG TENOM ADAKAN KELAS TUISYEN



Oleh: MEDIA PKR TENOM

“PKR Cabang Tenom akan membuka kelas tuisyen Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan IT secara percuma untuk semua AJK Cabang Tenom. Perkara ini akan dibawa ke mesyuarat AJK Cabang pada 19 Februari ini,” kata Ketua Cabang Tenom, Halik Zaman yang memegang portfolio Pendidikan, Pembangunan Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat dalam Majlis Presiden PKR Sabah, di Tenom malam kelmarin.

"Kelas tuisyen Bahasa Inggeris, Bahasa Malaysia dan IT tersebut akan diadakan empat kali sebulan iaitu pada setiap hari ahad di Pejabat PKR Cabang Tenom bermula dari jam 2.00 hingga jam 6.00 petang," jelas Halik Zaman.

Kata Halik, tenaga pengajar yang akan mengendalikan kelas tuisyen tersebut akan diketuai Noor Diana Mohd. Razis sekiranya mendapat sokongan AJK Mesyuarat.

Jelas Halik lagi, "Kita buat percubaan untuk mengajar AJK Cabang dahulu. Jika ada sambutan baik, kita akan buka kepada ahli-ahli PKR Tenom, bergantung pada tempat yang agak sesuai dan tuisyen tersebut diberikan secara percuma."

Menjawab satu pertanyaan Halik berkata, "Tuisyen yang akan diadakan itu adalah untuk memikul tanggungjawab portfolio yang diamanahkan kepada saya oleh Presiden PKR dalam Majlis Jemaah Presiden dalam mesyuarat yang diadakan pada petang kelmarin (15 Februari)."

No comments:

Post a Comment