Tuesday 15 February 2011

PKR SABAH TUBUH MAJLIS PRESIDEN



Oleh: MEDIA PKR

MESYUARAT pertama Majlis Pimpinan Negeri PKR Sabah telah diadakan hari ini (15 Februari 2011) jam 3. 00 petang tadi bertempat di Pejabat MPN, Jalan Bundusan yang dipengerusikan oleh PPN Sabah, Dato’ Seri Dr.Wan Azizah Wan Ismail.

Mesyuarat dengan sebulat suara meluluskan penubuhan sebuah badan yang dinamakan Majlis Presiden melalui pembentukan 11 jawatankuasa yang diketuai oleh Ahli-Ahli Majlis Presiden seperti berikut :

1. Kewangan, Keselamtan dan Imigrasi : Ahmad Thamrin Jaini

2. Pembangunan Luar Bandar : James Ghani

3. Pembangunan Infrarstruktur : Christina Liew

4. Kerajaan Tempatan dan Perumahan : Saidil Simoi

5. Pembangunan Perindustrian dan Perhutanan : Awang Tengah Awang Amin

6. Pembangunan dan Pengurusan Tanah - Dato' Kong Hong Ming

7. Kesihatan, Pembangunan Masyarakat dan Hal Ehwal Pengguna : Stephen Sandor

8.Pendidikan, Sumber Manusia dan Kemajuan Teknologi Maklumat : Halik Zaman

9. Pelancongan, Kebudayaan dan Alam Sekitar : Lukia Indan

10. Belia dan Sukan : Jaffery Jamion

11. Pertanian dan Industri Makanan : Datu Mustapha Hj Tambuyong.

Setiap jawatankuasa ditugaskann untuk menghasilkan kerangka dasar utama PKR Sabah di dalam bidang pentadbiran masing-masing. Pimpinan PKR Sabah melalui Majlis Presiden akan memperhebatkan usaha dalam masa terdekat untuk membawa suara-suara rakyat Sabah mengenai isu-isu yang dekat dengan Sabah di peringkat negeri dan pusat.

Mesyuarat juga telah meluluskan tambahan manifesto dalam PRU13 khas untuk Sabah dan Sarawak yang dicadangkan oleh Jonathan Yassin bahawa hak Sabah dan Sarawak dalam kuasa-kuasa autonomi Kerajaan Pakatan Rakyat untuk Sabah dan Sarawak hendaklah dikembalikan seperti termaktub dalam memorandum yang tidak ditunaikan oleh Kerajaan UMNO/BN.

Mesyuarat dijalankan dengan penuh perasaan persaudaraan dan muhibbah dan semua sengketa perselisihan faham Ketua Ketua Cabang PKR dianggap selesai

No comments:

Post a Comment