Wednesday 2 February 2011

PPHT SEMPORNA DIHERET KE MAHKAMAH



Oleh : ABBAS AHMAD

PEGAWAI Daerah Semporna selaku Penolong Pemungut Hasil Tanah (PPHT) Semporna dikehendaki hadir ke Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu bagi menjawab pertuduhan yang didakwa terhadap beliau dalam semakan undang-undang (Judicial Review) yang difailkan oleh seorang pemilik tanah.

Dalam Appidavit yang dibuat oleh Tetuan Lee & Kong bagi pihak pemilik tanah di Mahkamah tinggi Kota Kinabalu bagi semakan Undang-Undang mendapati bahawa ada asas bagi pendakwa untuk membicarakan kes ini.

Pendengaran yang dibuat di Mahkamah Tinggi Kota Kinabalu pada 18 Januari 2011 telah memutuskan bahawa pihak PPHT Semporna disapena agar hadir bagi menjawab pertuduhan kes semakan undang-undang yang bermula sejak 7 Feb 2011.

Satu Surat dari Tetuan Lee & Kong Advocates & Solicitors telah dihantar ke PPHT Semporna pada 20 Januari 2011yang dikeluarkan atas arahan Mahkamah Tinggi pada 19 Januari 2011 bagi memaklumkan perkara ini, menghendaki PPHT menghadiri satu Notis pendengaran semakan Undang-undang di bawah:

Order 53 & Order Rule 4 of the Rule of High Court, 1980. Notice of Hearing of Application for Judicial Review.

Berikut adalah dakwaan yang dibuat oleh Plantif;

“Tindakan PPHT Semporna adalah menyalahi peraturan dan undang-undang terhadap Hak rakyat memiliki tanah dan hendaklah bertanggungjawab terhadap semua kos pembicaraan serta ganti rugi yang akan dinilai kemudian terhadap pemilik yang mengalami kerugian di atas tindakan ini.“

Kronologi Kes :

Pemilik adalah orang yang telah mendapat kelulusan tanah pada 1994 dan seterusnya mendapat kebenaran untuk membangunkan tanah berkenaan pada 1996 sebagai pusat Pelancongan.

Pada 2001 Pemilik telah mendapat T.O.L untuk menduduki tanah ini secara sementara dan membangunkan tanah berkenaan dari pihak berkuasa dan seterusnya mula membangunkannya sementara menunggu geran C.L 99 dari kerajaan secara rasmi.

Kebenaran Right Of Way diperolehi pada 2005 dan seterusnya kebenaran satu surat persetujuan telah diperolehi daripada Ketua Menteri Sabah pada 2007 bagi pengeluaran Geran C.L ke atas pemilik yang ditujukan kepada SUHB.

2010 PPHT Semporna telah menceroboh tanah berkenaan bagi pembenaan CIQS dan seterusnya membatalkan hak pemilik keatas tanah ini secara ‘Mala Fide’.

Walaubagaimanapun satu arahan kepada PPHT dikeluarkan oleh Pihak Hasil Bumi pada 16 Disember 2010 supaya tidak membatalkan tanah ini sebelum prosedur dan surat dari Hasil Bumi dan Ketua Menteri Sabah dijawab terlebih dahulu.

Oleh kerana PPHT Semporna tidak mengambil tindakan wajar, maka pemilik telah membuat keputusan membawa perkara ini ke Mahkamah untuk diadili dengan seadil-adilnya bagi mengelakkan proses pentadbiran, Undang-Undang, Hak Rakyat tidak diperlekehkan oleh pihak PPHT Semporna.

Kes Pembicaraan ini akan didengar pada 7 Feb 2011 di Mahkamah Tinggi Sabah & Sarawak di Kota Kinabalu pada jam 9.30 pagi.

Tapak Tanah di atas diceroboh oleh PPHT Semporna untuk Pembenaan CIQS dan seterusnya membatalkan PT 95120160 yang telah diukur oleh Pihak jurukur 2005

No comments:

Post a Comment