Thursday 24 February 2011

PR TIDAK PERLU BENTUK KABINET BAYANGAN


“PAKATAN pembangkang tidak perlu membentuk kabinet bayangan kerana jawatankuasa Parlimen yang telah ditubuhkan sebelum ini sudah memenuhi kriteria berkenaan,” kata Ketua Pembangkang Datuk Seri Anwar Ibrahim.

"Tidak perlu dibentuk kabinet bayangan kerana kita telah pun mendahului dengan wujudnya jawatankuasa ini yang meneliti isu-isu mengikut portfolio kerja masing-masing," katanya.

Beliau ditemui pemberita selepas mempengerusikan 'Mesyuarat Pimpinan Tertinggi Pakatan Rakyat' bersama Menteri-menteri Besar dan Ketua Menteri bagi negeri-negeri di bawah pakatan pembangkang di sini Rabu.

Anwar mengulas kenyataan Perdana Menteri Datuk Seri Najib Tun Razak baru-baru ini yang mencabar parti pembangkang supaya memperlihatkan bayangan Kabinet mereka kepada rakyat sekiranya mereka begitu berhasrat untuk memerintah negara.

Sementara itu, beliau menggesa negara-negara Islam termasuk Pertubuhan Bangsa Bersatu (PBB) melakukan sesuatu untuk menghentikan kekejaman dan pembunuhan ke atas rakyat Libya.

"Kami mengutuk keras langkah dan tindakan Muammar Gaddafi yang terus menindas dan mendera rakyat dan mendoakan agar rakyat Libya terus bangkit menolak pimpinan yang rakus ini," katanya.

Negara itu bergolak sejak seminggu lepas berikutan tunjuk perasaan mendesak pemimpinnya Muammar Gaddafi meletak jawatan (BERNAMA).

No comments:

Post a Comment