Wednesday 2 February 2011

ROSNAH JANJI SIASAT BAHAYA BATERI PLUMBUM



Oleh: ADLIE AYOB

KEMENTERIAN Kesihatan Malaysia memberi jaminan akan menyiasat kes pencemaran dan keracunan plumbum di Sabah ekoran pendedahan media terutama Sabahkini.net sejak-akhir ini.

Timbalan Menteri Kesihatan, Datuk Rosnah Rashid Shirlin memberi jaminan demikian ketika menjawab soalan wartawan Sabahkini.net selepas suatu majlis rasmi di Taman Indah Jaya, Sandakan pagi tadi.

“Because this is something to do with a scientific finding. I think kita kaji dulu perkara ini. Saya akan maklumkan kepada Jabatan Kesihatan Negeri Sabah untuk menyiasat perkara ini. Menyiasat kesannya kepada masyarakat terutama sekali kanak-kanak sekolah,” kata Rosnah yang dalam masa yang sama mengarahkan siasatan dijalankan segera.

Rosnah memberi jaminan bahawa Kementeriannya akan menjalankan siasatan rapi bagi memastikan apa juga langkah yang perlu diambil bagi mengelakkan ia menjadi ancaman kepada kanak-kanak sekolah di luar bandar yang terdedah dengan bahaya plumbum.

“Because you say the new technology is lithium. Plumbum is very dangerous. Kita akan siasat, tq kerana bring the matter up,” ujar Rosnah seraya melihat gambar bateri plumbum yang dipasang di dua buah sekolah iaitu SK Sumambu, Tenom dan SK Pulau Timbang, Sandakan.

Dalam pada itu, Adun Sekong, mengalu-alukan jaminan yang diungkapkan Rosnah kerana beliau juga menerima aduan daripada ibu bapa dan orang ramai berhubung penggunaan bateri plumbum di semua sekolah luar bandar di Sabah bagi projek Elektrik Solar Hibrid.

“Sebenarnya Negara maju ini tidak ada tempat untuk melupuskan bateri plumbum yang berbahaya. Mereka mahu tanampun susah, jadi mereka eksport atau lambakkan ke negara kita,” celah Samsuddin yang berjanji akan membawa isu ini ke Dewan Undangan Negeri Sabah agar Kerajaan Negeri membentuk Jawatankuasa Khas untuk menyiasat dan seterusnya menghentikan penggunaan bateri plumbum.

Siasatan Sabahkini.net mendapati bateri plumbum yang meletup di SK Sumambu dibuat oleh negara Jerman, manakala bateri plumbum yang digunapakai di SK Pulau Timbang dikeluarkan oleh Czechoslovakia.

No comments:

Post a Comment